• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telegram Premium akan tiba tak lama lagi, ini yang bakal anda dapat bila langgannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:50 pm
  • 30/05/2022
  • Komen
Telegram Premium akan tiba tak lama lagi, ini yang bakal anda dapat bila langgannya
Share on FacebookShare on Twitter

Telegram pernah memaklumkan kepada umum yang mereka memerlukan dana yang besar untuk menyelenggara server yang mengendalikan platform permesejan itu. Salah satu solusi yang mereka pertimbangkan akhir tahun 2020 lalu adalah untuk memasukkan iklan ke dalam platform tersebut.

Tapi sehingga kini kita masih belum temui iklan dalam platform itu.



Satu penemuan yang dikongsikan pengguna Twitter adalah Telegram beralih kepada model langganan pula. Individu yang mengorek kod aturcara Telegram melaporkan Telegram Premium adalah jalan yang dipilih untuk mengumpulkan dana operasi.

Sumber

Apa yang anda dapat dengan Telegram Premium?

Berdasarkan perkongsian di Twitter, ciri-ciri permesejan asas antara versi berbayar dan percuma didapati masih sama. Telegram Premium didapati akan memberi kesan pada estetik sahaja.



Contohnya pelanggan Premium akan terima lebih banyak sticker, reaction, dan beberapa perkara tambahan lain. Mereka turut akan menerima ikon pelanggan Premium di sebelah username bagi menandakan yang mereka berada di kelas yang berbeza berbanding pelanggan versi percuma.

Sekiranya itu sajalah perbezaan antara dua versi itu, pengguna versi percuma tidak perlu rasa risau akan kehilangan ciri-ciri menarik Telegram seperti ruang penyimpanan tanpa had serta ciri log masuk berbilang peranti tanpa perlu melakukan salinan pada rekod sembang anda.

Sumber: Alessandro Paluzzi

Tags: telegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Telegram Premium akan tiba tak lama lagi, ini yang bakal anda dapat bila langgannya

Telegram Premium akan tiba tak lama lagi, ini yang bakal anda dapat bila langgannya

30 May 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN