• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar BESPOKE Jet baru dengan dua warna tambahan dan hayat penggunaan sehingga 2 jam

  • OLEH Najib
  • 11:15 am
  • 31/05/2022
  • Komen
Samsung lancar BESPOKE Jet baru dengan dua warna tambahan dan hayat penggunaan sehingga 2 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedut hampagas wayarles semakin menjadi pilihan masakini. Ia juga boleh menjadi sebahagian hiasan aksesori di rumah dengan memilih warna yang sesuai.

Sempena itu, Samsung Malaysia mengumumkan ketibaan dua lagi model baru dengan warna baru untuk penyedut hampagas wayarles bergaya mereka, BESPOKE Jet. Warna baru itu adalah putih dan hijau. Ia menyertai warna biru yang telah sedia dijual di Malaysia.



Setiap warna BESPOKE Jet mewakili aksesori yang berbeza. Bagi warna putih yang digelar BESPOKE Jet Complete, ia hadir bersama berus Slim Action dan Jet Dual. Berus Slim Action menyedut sampah dengan lebih mudah di ruang sempit. Manakala berus Jet Dual menyedut dengan lebih baik dan kuat, terutama di permaidani.

Warna hijau atau BESPOKE Jet Complete Extra, memiliki berus yang sama iaitu Slim Action dan Jet Dual. Tetapi ia datang dengan dua pek bateri, memberi tenaga untuk menyedut lebih lama dengan bateri kedua, sehingga 2 jam penggunaan.



BESPOKE Jet Premium berwarna biru pula, tiada berus Jet Dual tetapi diberikan mop sembur berputar. Ini sesuai untuk pengguna yang perlukan pengelap lantai.

Harga jualan BESPOKE Jet di Malaysia adalah seperti berikut:

  • BESPOKE Jet Premium (biru) – RM3,899
  • BESPOKE Jet Complete (putih) – RM3,699
  • BESPOKE Jet Complete Extra (hijau) – RM4,399

Semua penyedut hampagas ini memiliki prestasi menyedut tinggi dan membersih sehingga 99.999% menerusi sistem penapis pelbagai lapisan. Penapis ini juga boleh dileraikan dengan mudah untuk dibersihkan menggunakan air.

Kerja membuang sampah juga menjadi sangat senang kerana ia datang bersama Clean Station semua-dalam-satu. Hanya letakkan BESPOKE Jet di Clean Station dan ia akan membuang sampah di dalam penyedut hampagas, di samping mula mengecas.

Bateri boleh tukar di BESPOKE Jet memberi masa penggunaan sehingga 1 jam. Ia mengambil masa 3.5 jam untuk mengecas di Clean Station. Samsung juga menyatakan bahawa bateri ini boleh mengekalkan 70% kapasiti selepas 5 tahun digunakan.

Untuk maklumat lanjut dan membeli, boleh layari laman produk BESPOKE Jet Premium, BESPOKE Jet Complete dan BESPOKE Jet Complete Extra.

Bacaan Berkaitan

  • Peti sejuk warna-warni Samsung BESPOKE mula terima tempahan di Malysia
  • Harga Samsung Smart Monitor M8 cecah RM3000, tempahan awal ada hadiah bernilai RM947
  • Galaxy A13 dan Galaxy A23: Telefon mampu milik baru Samsung di bawah RM1,000
Tags: samsungSamsung BESPOKE JetSamsung BESPOKE Jet CompleteSamsung BESPOKE Jet Complete ExtraSamsung BESPOKE Jet Premium
Najib

Najib

POPULAR

Samsung lancar BESPOKE Jet baru dengan dua warna tambahan dan hayat penggunaan sehingga 2 jam

Samsung lancar BESPOKE Jet baru dengan dua warna tambahan dan hayat penggunaan sehingga 2 jam

31 May 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN