• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Forerunner 955: Garmin bawakan panel solar buat pertama kalinya pada jam siri berlari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:02 pm
  • 01/06/2022
  • Komen
Forerunner 955: Garmin bawakan panel solar buat pertama kalinya pada jam siri berlari
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin telah mengamas kini keluarga jam tangan Forerunner, jam tangan dalam siri berlari melalui pengenalan dua model baharu iaitu Forerunner 955 dan Forerunner 255.

Forerunner 955 & Forerunner 955 Solar

Buat pertama kalinya, Garmin memperlengkap siri Forerunner dengan panel solar. Ia adalah Power Glass yang serupa boleh anda temui dalam salah satu varian dalam keluarga Fenix 7 dan Instinct 2. Hasilnya, jangka hayat bateri kini boleh mencapai 20 hari untuk kegunaan tanpa fungsi GPS ataupun 49 jam ketika GPS diaktifkan.



Garmin turut dilaporkan menambah baik sensor penerima isyarat satelit penjejak. Ia kini menerima isyarakt daripada pelbagai gugusan satelit penjejak untuk jadikan koordinat lebih tepat.

Daripada segi fizikaliti, kumpulan 955 miliki panel paparan lebih besar iaitu 1.3” berbanding 1.2” kumpulan 945. Panel masih dikekalkan iaitu jenis transliflektif (MIPS). Di bahagian dalam, sensor-sensor yang sama masih hadir iaitu:



  • GPS
  • GLONASS
  • GALILEO
  • Multi-Frequency Positioning
  • Garming Elevate
  • Barometric + Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Thermometer
  • Pulse Ox

Ciri-ciri ini sangat mirip pada Fenix 7 cumanya keluarga Fenix ada badan lebih lasak berbanding Forerunner yang majoritinya plastik.

Dalam pasaran A.S, Forerunner 955 Solar dijual pada harga USD600 (RM2,632) dan untuk yang tiada fungsi solar, ia boleh didapati pada harga USD500 (RM2,194).

Forerunner 255 & Forerunner 255S

Forerunner 255 adalah model kelas pertengahan yang dijual pada harga lebih mampu milik. Sebanyak 4 varian oleh didapati dalam kumpulan ini iaitu:

  1. Forerunner 255
  2. Forerunner 255 Music
  3. Forerunner 255S
  4. Forerunner 255S Music

Imbuhan S di hujung 255 membawa maksud muka jam yang lebih kecil. Forerunner 255S ada panel paparan 1.1” jenis MIPS manakala Forerunner 255 ada panel paparan 1.3” juga jenis MIPS.

Frasa “Music” pula merujuk kepada kehadiran storan dalaman yang boleh digunakan untuk menyimpan muzik dan didengari walaupun tanpa sambungan Internet. Kedua-dua varian jam tanan boleh memainkan Spotify dan berhubung dengan earphone Bluetooth sewaktu beraktiviti.

Keluarga Forerunner 255 turut dibarisi sensor-sensor yang sama macam Forerunner 955. Anda beroleh:

  • GPS
  • GLONASS
  • GALILEO
  • Multi-Frequency Positioning
  • Garming Elevate
  • Barometric + Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Thermometer
  • Pulse Ox

Disebabkan Forerunner 255 miliki fizikaliti lebih kecil, jam ini memiliki jangka hayat sehingga 14 hari dalam penggunaan kasual.

Dalam pasaran A.S, keluarga Forerunner 255 dijual pada harga seperti berikut:

  1. Forerunner 255 -USD350 (RM1,584)
  2. Forerunner 255 Music – USD400 (RM1,755)
  3. Forerunner 255S – USD350 (RM1,584)
  4. Forerunner 255S Music – USD400 (RM1,755)
Tags: garmingarmin forerunner 255garmin forerunner 255 musicgarmin forerunner 255sgarmin forerunner 255s musicgarmin forerunner 955
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Forerunner 955: Garmin bawakan panel solar buat pertama kalinya pada jam siri berlari

Forerunner 955: Garmin bawakan panel solar buat pertama kalinya pada jam siri berlari

1 June 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER