• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter kerjasama dengan organisasi tempatan, beri sokongan kebebasan bersuara kepada pengguna

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:34 pm
  • 01/06/2022
  • Komen
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu suarakan pendapat tentang perkara kritikal dan penting, tapi dapat tentangan daripada beberapa pihak di media sosial? Selepas ini, anda boleh bersuara dengan penuh keyakinan di Twitter kerana mereka baru umumkan pengembangan perkhidmatan pemberitahuan #ThereIsHelp serta notifikasi sokongan Kebebasan Bersuara di Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

Twitter menjayakan inisiatif ini dengan mendapat kerjasama organisasi sivik tempatan iaitu Centre for Independent Journalism, Lawyers for Liberty dan SUHAKAM.



Apa yang dilakukan twitter dalam kempen ini adalah menghantar notifikasi apabila pengguna mencari kata kunci yang berkaitan dengan kebebasan bersuara di Twitter. Notifikasi ini akan bantu paparkan maklumat untuk pengguna berhubung kepada sumber bantuan yang boleh dipercayai dengan mudah apabila diperlukan. Ia akan memaparkan nombor talian hotline organisasi dan pautan kepada rakan kongsi tempatan untuk mereka yang memerlukan nasihat atau akses kepada sumber yang berkaitan dengan kebebasan bersuara dan hak digital.

Menurut Wathshlah Naidu, Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism Malaysia, peningkatan gangguan dan percubaan menutup mulut mereka yang bersuara menunjukkan bahawa tindakan harus diambil terhadap ketidakadilan ini. Mereka berharap agar Inisiatif #ThereIsHelp membolehkan mereka mendekati serta menyokong lebih ramai individu yang memerlukan maklumat dan bantuan.



Manakala Zaid Malek, Pengarah Lawyers for Liberty pula mengatakan bahawa sebagai sebuah organisasi yang berusaha untuk melindungi dan memperjuang hak asasi manusia serta kebebasan sivil, kerjasama mereka bersama Twitter adalah penting untuk bantu orang ramai mendapatkan akses kepada maklumat mengenai hak mereka sekiranya menghadapi gangguan daripada pihak berkuasa.

Bagi memberi keyakinan orang ramai bersuara, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyatakan bahawa kerjasama mereka bersama Twitter ini akan memperkasakan orang ramai untuk bersuara tanpa rasa takut.

Memandangkan kebebasan bersuara adalah sebahagian daripada hak asasi manusia, jadi usaha ini amat penting untuk bantu semua pengguna Twitter mendapat akses kepada maklumat yang diperlukan. Melaluinya juga, pengguna Twitter dari golongan seperti wartawan dan aktivis, bolehlah suarakan pendapat dan kongsikan segala maklumat tanpa bimbang jika diganggu pihak tertentu. Tidak kiralah apa sekalipun isu yang dikupaskan, sama ada mengenai kesihatan mental, vaksinasi, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak atau COVID-19, mereka tidak perlu risau kerana ada organisasi yang berikan sokongan kepad usaha mereka itu. Kebaikan kepada pengguna lain pula adalah, anda akan dapat akses kepada pelbagai maklumat dan perkongsian tanpa ada halangan.

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan

Twitter kerjasama dengan organisasi tempatan, beri sokongan kebebasan bersuara kepada pengguna

1 June 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN