• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Blade V40 Vita, telefon dengan bateri dan skrin besar di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 6:07 pm
  • 01/06/2022
  • Komen
ZTE Blade V40 Vita, telefon dengan bateri dan skrin besar di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru, ZTE Blade V40 Vita. Ia memiliki beberapa keunikan yang tiada pada peranti lai di kelasnya, seperti bateri sangat besar dan skrin lebih luas.

Harga jualan

Orang ramai boleh membeli telefon pintar ZTE Blade V40 Vita di Malaysia pada harga berikut:



  • ZTE Blade V40 Vita (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM599

Tempahan awal untuk peranti ini akan dibuka pada pertengahan bulan Jun dan boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Terdapat dua warna disediakan, antara hijau dan hitam.

Spesifikasi ZTE Blade V40 Vita

Telefon kelas permulaan ini dikuasakan oleh cip Unisoc T606, kuasa yang sama digunakan di Samsung Galaxy A03 dan Nokia G21. Ia memiliki RAM sebanyak 4GB dan boleh diluaskan menerusi teknologi Fusion RAM, menjadikan 2GB di storan kepada RAM sementara.



Storan pula jenis UFS 2.2 sebesar 128GB. Anda boleh menambah storan menggunakan kad mikroSD yang boleh dimuatkan berasingan di samping dua kad SIM nano.

Skrin di ZTE Blade V40 Vita sangat besar, berukuran 6.75-inci tetapi pada resolusi HD 720p sahaja. Ianya jenis LCD dengan nisbah ukuran 20:9. Pengimbas capjari ada di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Bateri yang dipasang di dalamnya juga lebih besar daripada biasa, berkapasiti 6,000mAh. Ia dipadankan dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W menerusi USB-C.

Jabatan pengimejan pula dilengkapi dengan kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 8MP dan terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.

Sistem operasi MYOS 11 berasaskan Android 11 digunakan oleh ZTE Blade V40 Vita. Jek audio masih dikekalkan padanya, terletak di bahagian bawah telefon.

Tags: ZTEZTE Blade V40 Vita
Najib

Najib

POPULAR

ZTE Blade V40 Vita, telefon dengan bateri dan skrin besar di bawah RM600

ZTE Blade V40 Vita, telefon dengan bateri dan skrin besar di bawah RM600

1 June 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN