• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 02/06/2022
  • Komen
Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia kini mengumumkan ketibaan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, siri Infinix Note 12. Terdapat dua model diperkenal di bawah siri ini iaitu Note 12 G96 dan Note 12 G88.

Kedua-dua model ini sebenarnya serupa dalam segala aspek, kecuali pada cip pemproses dan saiz RAM. Kerana itu, harganya tidaklah jauh berbeza dan ia akan bersaing di dalam julat harga siri Redmi Note 11 dan siri Realme 9.



Harga jualan dan promosi pembeli terawal

Infinix akan menjual dua varian bagi Note 12 G96 dan hanya satu varian bagi Note 12 G88. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Infinix Note 12 G88 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM749
  • Infinix Note 12 G96 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM769
  • Infinix Note 12 G96 (RAM 8GB + storan 256GB) – RM869

Siri Infinix Note 12 ini akan mula dijual di Malaysia pada 10 Jun 2022. Infinix akan mengadakan jualan eksklusif selama 4 hari, khas di Kedai Rasmi Infinix AIOT di Shopee, dari 10-13 Jun 2022. Dalam 4 hari ini, diskaun sehingga RM100 diberikan kepada pembeli, menjadikan harganya kepada:



  • Infinix Note 12 G88 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM749 RM649
  • Infinix Note 12 G96 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM769 RM679
  • Infinix Note 12 G96 (RAM 8GB + storan 256GB) – RM869 RM779

Spesifikasi Infinix Note 12

Disebabkan kedua-dua Note 12 G96 dan G88 boleh dikatakan 99% serupa, maka kita boleh ceritakan spesifikasinya serentak. Perbezaan antara kedua-dua model ini hanyalah penggunaan cip dan kapasiti RAM.

Bagi Note 12 G96, ia dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G96 dan disertakan RAM 8GB. Untuk Note 12 G88 pula, ia dipasang cip Mediatek Helio G88 dan RAM 6GB. Sementara Note 12 G88 hanya miliki storan 128GB, Note 12 G96 ada pilihan antara 128GB dan 256GB.

Telefon ini juga ada keupayaan RAM maya, menukar sehingga 5GB ruang storan kepada RAM sementara. Kad mikroSD turut diterima untuk meluaskan lagi storan dalaman. Lain-lain perkara adalah serupa untuk kedua-dua model ini.

Paparan jenis AMOLED digunakan, berukuran 6.7-inci dan resolusi HD Penuh. Kadar penyegaran hanya 60Hz.

Sistem tiga kamera terdapat pada siri Note 12, iaitu kamera utama 50MP yang menyokong mod malam. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Tenaga pula diperoleh daripada bateri 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W USB-C. Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara bersama teknologi DTS.

Siri Infinix Note 12 menjalankan sistem operasi XOS 10.6, berasaskan Android 12. Infinix tidak menyatakan sebarang jaminan mengenai kemaskini OS atau keselamatan.

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Infinix Note 12, antara warna biru, hitam dan emas. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Infinix Note 12.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan
  • Infinix Hot 10S tiba dengan skrin besar 90hz pada harga mampu milik
Tags: InfinixInfinix Note 12Infinix Note 12 G88Infinix Note 12 G96
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000

Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000

2 June 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER