• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan dedah tiket pesawat di media sosial! Orang lain boleh batalkan penerbangan anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:03 pm
  • 05/06/2022
  • Komen
Jangan dedah tiket pesawat di media sosial! Orang lain boleh batalkan penerbangan anda
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda selalu tayang tiket kapal terbang di media sosial, selepas ini anda perlu hentikannya kerana tanpa disedari anda telah dedahkan pelbagai maklumat penting, sekaligus bakal mendatangkan kesan pada penerbangan anda. Perkara ini dikongsikan oleh seorang jurulatih dari Singapura melalui Tiktoknya, Coach Jason Ho.

Maklumat yang terdedah di tiket

Melalui video itu, Coach Jason Ho telah berikan contoh bagaimana dia dapat mengesan maklumat penting seorang influencer, hanya berdasarkan tiket penerbangan Singapore Airlines dan pasport yang dikongsikan di Facebook. Dia menjelaskan bahawa tiket penerbangan itu menunjukkan nama penuh influencer dan bahagian paling penting ialah nombor e-tiket.



@coachjasonho PSA: Personal information hack #learningisfun #PSA #lifehacker #singaporeairlines #coachjasonho ♬ original sound – Coach Jason Ho

Apa yang boleh dilakukan dengan maklumat itu?

Melalui maklumat tersebut, ada banyak perkara boleh dilakukan. Mereka hanya perlu pergi ke laman web Singapore Airlines, kemudian pilih Manage Booking. Setelah masukkan nombor e-tiket dan nama akhir keluarga yang dilihat pada tiket, mereka kemudian boleh memuat turun tiket penerbangan dan resit anda.

Perkara ini adalah merbahaya kerana pelbagai maklumat boleh diperolehi disitu. Antaranya,



  1. Nama penuh
  2. Nombor rujukan
  3. Tempat duduk di dalam kapal terbang
  4. Kapal terbang yang dinaiki
  5. 4 digit terakhir kad kredit

Kemudian, pada halaman butiran penerbangan pula, mereka boleh tukar penerbangan anda, bahkan boleh juga batalkannya! Selain itu, sekiranya anda ada tempah makanan, sesiapa sahaja boleh tukar menu makanan anda. Mereka juga boleh tukar tempat duduk anda serta naik taraf tempat duduk anda itu. Di situ juga akan terdedah maklumat privasi lain, seperti nombor pasport, tarikh luput pasport, alamat email dan nombor telefon.

Maklum balas Singapore Airlines

Dalam satu temubual media, wakil Singapore Airlines (SIA) mengatakan bahawa apabila pelanggan menyiarkan data peribadi mereka di laman media sosial, mereka perlu sama ada sembunyikan maklumat tersebut (nama penuh dan nombor e-tiket) atau mereka dinasihatkan untuk padam perkongsian itu. Pelanggan yang mengesyaki bahawa tempahan mereka telah diubahsuai, atau memerlukan bantuan lain, mereka harus menghubungi Singapore Airlines secepat mungkin.

Sesetengah orang teruja untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka terbang menggunakan kelas pertama atau perniagaan, maka ada yang suka menunjukkan pas masuk mereka di media sosial. Menurut Dr Michael Chiam, pensyarah kanan pelancongan di Ngee Ann Polytechnic, pelanggan tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi mereka, termasuk kod bar tiket, dalam ruang media sosial.

Kesimpulannya, jangan dedah tiket penerbangan anda kepada umum. Bayangkan, anda sudah rancang percutian selama berbulan-bulan, akhirnya percutian anda itu musnah sebab ada individu yang tidak dikenali batalkan tiket penerbangan anda. Sedih kan?

[Sumber: Says, TheStar]

Tags: AirAsiaMalindoMASsingapore airlines
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Jangan dedah tiket pesawat di media sosial! Orang lain boleh batalkan penerbangan anda

Jangan dedah tiket pesawat di media sosial! Orang lain boleh batalkan penerbangan anda

5 June 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN