Dengan kelonggaran selepas kerajaan mengumumkan Malaysia menuju ke arah fasa endemik, salah satu perkara yang dinantikan oleh peminat kecergasan adalah acara larian fizikal. Jika anda mencari-cari acara larian fizikal di Malaysia, anda boleh sertai ‘Garmin Run Asia Series 2022 – Malaysia Marathon‘.
Tarikh dan Lokasi
Acara larian Garmin ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis, larian fizikal dan larian maya. Untuk acara fizikal, ia akan diadakan pada 11 September 2022, di Dataran Kehakiman Putrajaya. Lokasi ini sering menjadi pilihan banyak acara larian sebelum ini.
Mereka yang mahu menyertai larian maya, boleh berbuat demikian pada bila-bila masa di bulan September, di mana sahaja. Aplikasi penjejak larian seperti Strava diperlukan untuk pengesahan dan larian di atas treadmill tidak dibenarkan. Larian untuk kategori 5 dan 10km perlu dihabiskan dalam 1 larian, tetapi untuk kategori 21km dan 42km boleh dipecahkan dengan jarak minima 10km setiap satu larian.
Hadiah cabutan bertuah
Semua peserta yang mendaftar dalam larian fizikal berpeluang memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah, berupa tajaan produk Garmin selama setahun, bernilai RM10,000. Cabutan akan dibuat pada 11 September di tapak acara dan pemenang perlu menunjukkan bib larian untuk mengesahkan kemenangan.
Garmin juga menyediakan cabutan bertuah atas talian setiap 2 minggu, menerusi media sosial Garmin Malaysia (Facebook, Instagram, Laman Acara). Caranya dengan Like dan Kongsi status acara tersebut, serta tinggalkan komen mengapa mahu menyertai acara Garmin Run Asia Series 2022. Perlu juga tag tiga kawan.
Kategori dan Hadiah pelari terpantas
Larian Garmin ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu 5km, 10km, 21km dan 42km. Kategori 10km terbuka kepada semua dari 5 tahun dan ke atas, manakala 10km untuk individu berusia 13 tahun dan ke atas. Larian 21km dan 42km pula terbuka untuk dewasa antara 18-39 tahun. Bagi usia 40 tahun ke atas, mereka boleh menyertai kategori Senior. Terdapat juga kategori khas terbuka antarabangsa.
Terdapat juga hadiah wang tunai untuk pelari terpantas bagi kategori 21km dan 42km iaitu:
- Tempat Pertama 21km – RM800
- Tempat Kedua 21km – RM600
- Tempat Ketiga 21km – RM400
- Tempat Keempat 21km – RM300
- Tempat Kelima 21km – RM300
- Tempat Pertama 42km – RM1,000
- Tempat Kedua 42km – RM800
- Tempat Ketiga 42km – RM700
- Tempat Keempat 42km – RM600
- Tempat Kelima 42km – RM500
Yuran penyertaan
Untuk menyertai larian ini, peserta perlu mendaftar di platform HeyJom, menerusi aplikasi mudah alih atau laman web www.heyjom.com. Bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut kategori, seperti berikut:
- 5km – RM70
- 10km – RM75
- 21km – RM85
- 42km – RM95
Tetapi ada diskaun untuk pendaftar terawal. Diskaun sebanyak RM15 diberikan jika mendaftar selewat-lewatnya pada 11 Jun 2022, menjadikan yuran hanya:
- 5km – RM55
- 10km – RM60
- 21km – RM70
- 42km – RM80
Semua peserta akan menerima saguhati berupa sijil digital, medal tamat larian, t shirt dry-fit dan bib larian. Bagi peserta 21km dan 42km, akan turut menerima t-shirt tamat larian. Kit larian perlu diambil sendiri pada 3-4 September 2022 di Starling Mall, Petaling Jaya.
Tunggu apa lagi, daftar sekarang untuk nikmati diskaun RM15 dan jumpa di garisan tamat.