• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram tiru TikTok lagi, boleh pin gambar atau video di profil, ini caranya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:50 pm
  • 08/06/2022
  • Komen
Instagram tiru TikTok lagi, boleh pin gambar atau video di profil, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram kini membolehkan anda pin sehingga tiga perkongsian sama ada gambar, video atau pun Reels pada bahagian atas grid gambar. Jadi anda bolehlah pilih perkongsian anda yang bermakna atau unik untuk diletakkan di situ.

Dengan ciri ini juga, berkemungkinan 3 perkongsian yang di pin itu akan mendapat lebih perhatian apabila pengguna lain berkunjung ke profil anda. Hal ini kerana, 3 gambar atau video itulah yang akan dilihat terlebih dahulu sebelum koleksi gambar anda yang lain.



Untuk mencubanya, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Pilih salah satu perkongsian anda, kemudian klik 3 titik di atas kanan
  2. Seterusnya, tekan Pin to your profile
  3. Apabila anda kembali ke profil, anda akan nampak gambar atau Reels yang dipilih tadi berada di penjuru kiri sebelah atas grid koleksi perkongsian anda. Gambar itu akan disertakan dengan ikon pin putih.

Ciri ini hampir sama seperti yang ada di TikTok dan Twitter. Tapi, di Twitter, hanya satu Tweet boleh di pin pada profil. Manakala di Tiktok pula, pengguna dibenarkan untuk pin sehingga 3 video dalam satu masa.



Instagram telah usahakan ciri pin sekitar awal tahun ini. Di Tiktok, ciri pin video sudah lama tersedia. Nampaknya banyak ciri dari Tiktok yang dibawa ke Instagram. Antaranya ialah kebolehan untuk sunting suara di Reels dan kebenaran untuk berduet di Reels. Ada banyak lagi ciri di Tiktok yang tiada di Instagram, contohnya kebolehan menjawab komen di dalam video dan ciri untuk muat turun video yang sudah dikongsikan pengguna lain ke dalam telefon. Selepas ini pasti banyak lagi ciri Tiktok yang akan ditiru.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Pengguna Instagram boleh berduet video di Reels, sama seperti TikTok
  • Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya
  • Carian Instagram akan paparkan gambar & video, sama seperti TikTok
Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram tiru TikTok lagi, boleh pin gambar atau video di profil, ini caranya

Instagram tiru TikTok lagi, boleh pin gambar atau video di profil, ini caranya

8 June 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN