• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Nothing Phone (1) lutsinar akan menjelma pada 12 Julai

  • OLEH Najib
  • 11:22 pm
  • 08/06/2022
  • Komen
Telefon Nothing Phone (1) lutsinar akan menjelma pada 12 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada yang dah terlupa tentang Nothing, syarikat yang ditubuhkan oleh bekas pengasas bersama OnePlus, Carl Pei. Selepas tiga bulan berdiam diri, Nothing kini mengumumkan akan mengadakan satu acara tidak lama lagi.

Acara yang dinamakan ‘Return to Instinct‘ itu, akan diadakan pada hari Selasa, 12 Julai 2022 pukul 11 malam waktu Malaysia. Sehubungan itu, Nothing turut membuka pendaftaran minat untuk mereka yang mahu menjadi terawal menerima maklumat tentang majlis tersebut.



Di acara itu, Nothing akan membawakan kepada umum telefon pintar pertama mereka, Nothing Phone (1). Nama yang mudah disebut dan diingat, seperti fon telinga pertama mereka, Nothing Ear (1).

Buat masa ini, masih tiada maklumat terperinci tentang apakah yang akan ada di Phone (1). Tetapi Nothing ada memberi sedikit petunjuk, antaranya badan diperbuat daripada aluminium yang dikitar semula, bahagian belakang badan lutsinar, menyokong pengecasan wayarles, menggunakan pemproses Snapdragon dan dikatakan ia tiada bingkai di bawah. Carl Pei juga telah menjamin akan menyediakan 3 tahun kemaskini OS dan 4 tahun kemaskini keselamatan buat Phone (1).



A recap of what's officially out there:
– Recycled aluminum mid-frame ♻️
– Transparent back 🪟
– Wireless charging 🔋
– @Qualcomm Snapdragon processor 🐉
– Bonus: no chin 📐
– Announcement date coming (very) soon⏱️

— Nothing (@nothing) May 30, 2022

Sebelum ini, untuk memberi pengalaman menggunakan Phone (1), Nothing telah mengeluarkan pelancar Nothing OS yang boleh dimuat turun dari Google Playstore.

Carl Pei juga ada menerangkan sebelum ini bahawa Phone (1) akan menjadi langkah pertama kepada ekosistem yang diidamkan Nothing, sama seperti iPhone yang menjadi batu loncatan buat Apple.

Adakah ini rupa Nothing Phone (1)? Sumber

Telefon dengan badan lutsinar, bunyi macam perkara yang sangat baru dan segar. Tetapi apa pula fungsi baru yang akan dibawakan Nothing kelak? Adakah ia sesuatu yang luar biasa untuk telefon pintar? Kita tunggu kedatangan 12 Julai untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tags: NothingNothing Phone 1
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Telefon Nothing Phone (1) lutsinar akan menjelma pada 12 Julai

Telefon Nothing Phone (1) lutsinar akan menjelma pada 12 Julai

8 June 2022
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER