• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Honda HR-V RS e:HEV boleh mula ditempah, apa bezanya dengan versi hibrid generasi lalu?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:11 am
  • 09/06/2022
  • Komen
Honda HR-V RS e:HEV boleh mula ditempah, apa bezanya dengan versi hibrid generasi lalu?
Share on FacebookShare on Twitter

Honda Malaysia telah mengumumkan keluarga Honda HR-V serba baharu yang terdiri daripada varian petrol dan hibrid. Varian hibrid kini dikenali sebagai e:HEV dan menerima lencana RS yang menunjukkan ia berada paling atas dalam harierki penawaran. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, sesi tempahan sudahpun dibuka pada harga yang belum diketahui. Honda memberi alamat yang ia akan diedarkan dalam suku 3 2022.

Sebagai rujukan, Honda HR-V 1.5L Hybrid sedia ada dalam pasaran Malaysia dijual pada harga RM113,954.82 dengan pengecualian SST. Jadi, jangkakan harga yang lebih tinggi berbanding itu bila varian RS diumumkan kelak.



Tempahan boleh dibuat melalui pautan ini: https://prebook.honda.com.my/

Apa beza HR-V RS e:HEV dengan Honda HR-V 1.5L Hybrid?

Sudah tentu beza paling ketara adalah rupa luaran yang telah diperbaharui. Tapi yang paling utama adalah sistem penyampaian kuasanya telah berhijrah daripada intelligent dual-clutch drive (i-DCD) kepada intelligent Multi Mode Drive (i-MMD) yang lebih baharu.



i-MMD adalah sistem hibrid yang terdiri daripada motor pencengkam dan motor penjana. Kedua-duanya boleh beroperasi secara kendiri. Motor pencengkam akan menggerakkan roda bersama-sama dengan enjin petrol untuk memuntahkan tork pada amaun yang paling optimum. Apabila kenderaan berada pada halaju meluncur, kuasa daripada enjin disalurkan kepada motor penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik dan seterusnya disimpan ke dalam bateri.

Sistem i-DCD kurang cekap berbanding i-MMD pada sudut hanya satu motor saja hadir di dalamnya, ia sama ada boleh bertindak sebagai pencengkam ataupun penjana dalam satu-satu masa. Sebab itulah tenaga hanya dijana sewaktu kita melepaskan pedal minyak (regenerative braking).

Pada sudut kuasa, jika dirujuk pada output kuasa HR-V Hibrid, angkanya lebih tinggi daripada HR-V RS e:HEV. Angka output kuasa yang dihasilkan sistem enjin HR-V Hibrid adalah 152kW berbanding 96kW pada varian RS e:HEV. Namun, model generasi baharu menikmati tork nyata lebih tinggi iaitu 253Nm berbanding 152Nm.

Lagi yang buatkan anda boleh jangkakan harga yang lebih tinggi daripada generasi sebelumnya adalah pada sebilangan ciri Honda Sensing yang ada padanya. Ini adalah senarainya:

  1. Lead Car Departure Notification (LCDN)
  2. Adaptive Cruise Control (ACC)
  3. Low Speed Follow (LSF)
  4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  5. Forward Collision Warning (FCW)
  6. Lane Keep Assist System (LKAS)
  7. Road Departure Mitigation (RDM)
  8. Lane Departure Warning (LDW)
  9. Auto High Beam (AHB)

Ini adalah pesaing kepada Toyota Corolla Cross yang telah dilancarkan lebih awal. Harga kereta itu di Malaysia adalah RM136,550. Kalaulah Honda boleh hadir pada tanda harga lebih rendah daripada itu, tentu ia boleh mencuri tumpuan daripada pesaing Toyota-nya itu.

Bacaan berkaitan

Toyota Corolla Cross, SUV Hibrid termurah dilancarkan di Malaysia – SoyaCincau.com

Tags: automotifhonda hr-vhonda hr-v rshonda hr-v rs ehev
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Honda HR-V RS e:HEV boleh mula ditempah, apa bezanya dengan versi hibrid generasi lalu?

Honda HR-V RS e:HEV boleh mula ditempah, apa bezanya dengan versi hibrid generasi lalu?

9 June 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER