• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Toyota Corolla Cross, SUV Hibrid termurah dilancarkan di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:47 am
  • 20/01/2022
  • Komen
Toyota Corolla Cross, SUV Hibrid termurah dilancarkan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga SUV Toyota Corolla Cross menerima satu pertambahan ahli baharu iaitu model hibrid untuk menyertai varian petrol yang sudahpun dilancarkan dalam tahun 2020 dulu. Sekirnya anda berminat untuk mendapatkannya sebuah, ketahuilah yang ini adalah SUV Hibrid termurah di Malaysia pada tanda harga RM136,550, selepas ditolak 6% cukai yang dikecualikan sehingga Jun 2022 ini.

Untuk perbandingan, versi petrol 1.8G dijual pada harga RM123,000 manakala 1.8V pada RM129,000.



Apa yang menarik dengan Toyota Corolla Cross Hibrid?

Berbanding saudaranya yang lain, versi hibrid terima pelbagai ciri pintar bagi melambangkan kehibridannya itu. Antaranya adalah seperti:

  1. Toyota Safery Sense (TSS)
  2. Pre-collision System (PCS)
  3. Lane Depature Alert (LDA) dengan Steering Assist
  4. Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)

Dynamic Radar Cruise Control adalah sebahagian daripada ciri pemanduan berautonomi tahap 2 yang membolehkan kenderaan memecut dan membrek berdasarkan jarak objek didepan. Sangat berguna untuk pemanduan lebuh raya bagi mengurangkan penat si pemandu. Lagi mengurangkan penat si pemandu adalah fungsi Steering Assist yang boleh melakukan pembetulan kecil bagi mengekalkan kereta pada laluan yang betul.



Walaupun fizikal asas kereta ini sama saja dengan versi petrol, ada beberapa bahagian yang ditonjolkan bagi membezakan antara varian. Contohnya terdapat beberapa calitan warna biru di logo depan, logo belakang, pelapik lantai, serta pada lampu depan.

Sistem hiburan Corolla Cross menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Perakam video hala ke jalan disediakan percuma beserta kamera 360 untuk keselamatan.

Cerita tentang spesifikasi teknikal, penjana kuasa kereta ini hadir daripada enjin 4 silinder 1.8L beserta motor elektrik dan penyalur kuasa kepada roda jenis e-CVT. Enjinnya menghasilkan [email protected] dengan daya kilas [email protected] Motor elektrik pula hasilkan 72ps beserta 163Nm yang menerima tenaga daripada bateri NiMH 6.5Ah.

Tags: automotifToyotatoyota corolla crosstoyota corolla cross hybrid
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER