• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC Viverse, telefon berkonsepkan VR dan AR?

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 10/06/2022
  • Komen
HTC Viverse, telefon berkonsepkan VR dan AR?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama berdiam diri di arena telefon pintar, HTC kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah peranti baharu, dikenali sebagai HTV Viverse. Perkara ini dihebahkan menerusi media sosial rasmi HTC.

Majlis pelancaran HTC Viverse akan diadakan pada hari Selasa, 28 Jun 2022. Belum ada maklumat lanjut tentang bila dan dimana ia akan dilancarkan. Malah, tiada petunjuk besar diberi untuk mengetahui serba sedikit tentang telefon baru ini.



HTC sebelum ini mengubah fokus perniagaan mereka daripada telefon pintar kepada peranti realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR). Mereka telah menghasilkan pelbagai peranti seperti set kepala VR dan AR, menggunakan nama HTC Vive.

Sebenarnya, HTC dikhabarkan mahu melancarkan telefon pintar ini pada bulan April lepas. Bagaimanapun rancangan ini tergendala akibat gangguan bekalan dunia. Telefon pintar HTC ini dimaklumkan akan mempamerkan hubungan erat dengan dunia VR dan AR, terutama sekali dunia Metaverse HTC sendiri, Viverse. Ini tidak mengejutkan jika telefon pintar baru ini menggunakan nama yang serupa.



Gambaran yang dikongsi HTC mengenai pelancaran telefon pintar tersebut memperlihatkan petak besar dan beberapa petak kecil di dalamnya, menunjukkan dunia 3-dimensi yang boleh dirasai menerusi VR dan AR. Adakah ia memerlukan sistem luar, atau boleh memberi pengalaman tersebut dengan skrin peranti sahaja?

HTC Viverse mungkin tidak disasarkan untuk kegunaan orang ramai tetapi ia boleh memberi lonjakan kepada HTC jika menepati citarasa pengguna yang tepat. Adakah HTC akan bangkit kembali seperti suatu masa dahulu? Nantikan pelancarannya pada 26 Jun nanti.

[Sumber: HTC]

Tags: HTCHTC Viverse
Najib

Najib

POPULAR

HTC Viverse, telefon berkonsepkan VR dan AR?

HTC Viverse, telefon berkonsepkan VR dan AR?

10 June 2022
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN