• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

6 varian pelbagai paras harga disediakan dalam Asus TUF Dash F15 (2022) untuk anda pilih

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:00 pm
  • 15/06/2022
  • Komen
6 varian pelbagai paras harga disediakan dalam Asus TUF Dash F15 (2022) untuk anda pilih
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia mengumumkan 6 varian Asus TUF Dash F15 (2022) untuk gamers diluar sana dalam pelbagai paras harga. Siri TUF biasanya ditujukan pada pengguna yang mencari mesin permainan video pada harga mampu milik tapi pada masa yang sama tidak mengorbankan spesifikasi.

Senarai harga Asus TUF Dash F15 (2022) di Malaysia

Asus TUF Dash F15 (2022) dijual pada harga bermula RM4,699. Sebanyak 6 varian boleh didapatkan dan perbezaannya adalah pada CPU, GPU, dan kapasiti RAM. Berikut adalah senarai harganya:



Setiap pembelian laptop ini akan disertakan Xbox Game Pass yang sah selama 1 bulan. Bolehlah anda main lebih daripada 100 permainan AAA termasuklah dalam katalog EA Play.

Spesifikasi Asus TUF Dash F15 (2022)

Untuk laptop ini, 6 perkara yang ingin diketengahkan Asus adalah:



  1. Penggunaan CPU Intel generasi ke-12 & Penggunaan GPU RTX dengan suis MUX
  2. Laptop kukuh
  3. Panel paparan berefresh rate tinggi
  4. Penyaring hingar dua hala iaitu daripada mikrofon dan kepada speaker
  5. Thunderbolt 4 dan pengecasan sehingga 200W
  6. RAM DDR5 4,800Mhz dual-channel.

Berbanding generasi terdahulu, antara beberapa perubahan yang dibawakan adalah ia kini ada pad sesentuh 27% lebih luas bersama-sama dengan sistem penyejukan 13% lebih menyejukan hasil penggunaan kipas baharu yang ada 84 bilah.

Asus TUF Dash F15 adalah sebuah laptop dengan paparan sebesar 15.6”. Panel paparannya mempunyai resolusi FHD dengan kadar segar semula sehingga 144Hz. Untuk sebuah laptop gaming, jisimnya agak rendah iaitu Cuma 2kg sahaja.

Atas papan utama, konfgiruasi sehingga Core i7-12650H boleh didapati dengan GPU sehingga RTX 3060 6GB. Kesemua varian dilengkapi storan NVMe seluas 512GB.

Port I/O agak mewah disediakan kepada bakal pemilik laptop ini. Anda dapat:

  • 1x Jek audio 3.5mm kombo
  • 1x HDMI 2.0b
  • 1x Thunderbolt™ 4 yang menyokong DisplayPort™
  • 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C yang menyokong DisplayPort™ / PD / G-SYNC
  • 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A
  • 1x RJ45 LAN

Laptop ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 76Whr dan ia menyokong pengecasan pantas sehingga 200W. Namun, dalam kotak hanya diberikan blok pengecas 100W jenis USB-C. Sekiranya anda ingin nikmati kelajuan mengecas lebih tinggi, anda perlu beli pengecas berasingan.

Tak cukup dengan spesifikasi tinggi. Asus turut memperkukuh laptop ini untuk lebih ketahanan. Barisan TUF Dash F15 (2022) kali ini melepasi piawaian ketenteraan MIL STD-810H. Bahagian manakaah yang diperkukuh? Tidak pula dikongasikan pengeluarnya.

Bacaan berkaitan

Asus ROG Zephyrus G14 & G15 (2022): Gaming berstail pada harga bermula RM7,999 – SoyaCincau.com

Asus ROG Flow X13 (2022) rasmi pada harga bermula RM6,599 – SoyaCincau.com

Tags: asusasus tufasus tuf dash f15
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
6 varian pelbagai paras harga disediakan dalam Asus TUF Dash F15 (2022) untuk anda pilih

6 varian pelbagai paras harga disediakan dalam Asus TUF Dash F15 (2022) untuk anda pilih

15 June 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER