• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SoC 2nm TSMC tidak lagi gunakan MOSFET sebaliknya GAAFET, apa maknanya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:11 pm
  • 17/06/2022
  • Komen
SoC 2nm TSMC tidak lagi gunakan MOSFET sebaliknya GAAFET, apa maknanya?
Share on FacebookShare on Twitter

TSMC telah secara rasminya mengumumkan yang mereka sedang membangunkan teknologi penghasilan cip untuk kategori 2nm. Dirujuk sebagai proses N2, kilang fabrikasi semikonduktor antara terbesar di dunia itu turut katakan yang mereka akan meninggalkan transistor jenis MOSFET. Jenis transistor ini digunakan sejak 62 tahun yang lalu.

Transistor dicetak trus atas kepingan silikon seperti ini

Untuk 2N, mereka sedang menerokai transistor berasaskan nanosheet yang mereka namakan sebagai nanosheet-based gate-all-around field-effect transistor (GAAFET).



Transister jenis baharu ini dikatakan TSMC membawakan beberapa manfaat berbanding MOSFET. Dua manfaat utama adalah peningkatan prestasi untuk setiap watt tenaga yang digunakan. Angka yang dikongsikan adalah N2 berprestasi sehingga 15% lebih baik dan cekap tenaga sehingga 30%.

Disebabkan saiz transistor yang kian mengecil, kepadatan transistor per unit luas juga dipertingkat melebihi 1.1x berbanding teknologi 3nm.



TSMC berkongsikan sedikit garis masa tentang proses N2 ini. Mereka kini sedang menghasilkan cip N2 secara kecil-kecilan. Penghasilan secara pukal dijangkakan dalam separuh 2 tahun 2025.

Sekiranya semua berjalan lancar, kita boleh lihat produk yang menggunakan produk ini lewat 2025.

Sumber: Anandtech

Tags: semikonduktortsmc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

SoC 2nm TSMC tidak lagi gunakan MOSFET sebaliknya GAAFET, apa maknanya?

SoC 2nm TSMC tidak lagi gunakan MOSFET sebaliknya GAAFET, apa maknanya?

17 June 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN