• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak cukup satu, AirAsia lancarkan e-dompet kedua yang bernama Pocket

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:07 pm
  • 17/06/2022
  • Komen
Tak cukup satu, AirAsia lancarkan e-dompet kedua yang bernama Pocket
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Super App hari ini melancarkan satu fungsi baharu di dalam APP mereka. Pocket adalah solusi pembayaran dalam aplikasi yang bolehkan pengguna aplikasi lakukan pembayaran untuk segala-gala yang ada di dalam APP daripada kapal terbang, penginapan, e-hailing, dan banyak lagi.

Ciri ini sudah pun ada dalam APP anda dan hanya perlu diaktifkan.



Apabila ditanya tentang kenapa perlunya Pocket sedangkan mereka sudahpun ada BigPay, mereka memberikan respons dengan intipati berikut. Pocket dan BigPay adalah dua instrumen yang berbeza.

BigPay adalah untuk kegunaan umum dan daripada segi ia boleh digunakan di mana-mana terminal yang menerima transaksi berasaskan kad. Pocket pula adalah penyambung kepada gerombolan servis-servis kendalian AirAsia.



Objektif utama Pocket adalah untuk memberikan pengalaman transaksi yang licin di dalam aplikasi tersebut. Sebelum adanya Pocket, anda perlu masukkan saliran pembayaran untuk setiap servis satu demi satu seperi ke dalam AirAsia Ride, AirAsia Xpress, AirAsia Food, dan sebagainya.

Akaun Pocket terbahagi kepada dua tahap. Sewaktu kali pertama diaktifkan, ia berada pada Lite. Untuk menikmati saiz walet yang lebih luas, e-KYC boleh dilakukan untuk naikkan kepada RM4,999.

Pasukan SuperApp mensasarkan untuk membawa keluar Pocket ke pasaran lain seawal suku 4 2022 di Thailand.

Buat masa ini, Pocket hanya boleh digunakan untuk pembayaran barang yang ada dalam APP. Mereka masih memperhalusi walet mereka sebelum menawarkannya kepada ekosistem di luar Super App.

Apabila itu terjadi kelak, ia pastinya bakal beri persaingan kepada GrabPay, TNG eWallet, dan yang seangkatan dengannya.

Bacaan berkaitan

BigPay menyokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer, hantar dan terima wang sekelip mata – SoyaCincau.com

BigPay tawar kemudahan pinjaman peribadi, permohonan secara digital sepenuhnya – SoyaCincau.com

Tags: AirAsiaairasia pocketAirasia Super Appbigpay
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Tak cukup satu, AirAsia lancarkan e-dompet kedua yang bernama Pocket

Tak cukup satu, AirAsia lancarkan e-dompet kedua yang bernama Pocket

17 June 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER