• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Label SIRIM pada Durian akan stabilkan harga Musang King?

  • OLEH Najib
  • 9:54 am
  • 20/06/2022
  • Komen
Elak ditipu dalam talian & dapatkan durian asli di kempen Durian e-Fiesta FAMA x Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Musim durian tiba lagi di Malaysia. Raja buah kegemaran ramai ini, memiliki pelbagia jenis baka dan salah satu baka yang paling popular adalah Musang King. Disebabkan permintaan yang tinggi, harga Musang King boleh meningkat naik mendadak.

Bagi menstabilkan harga raja buah itu, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad Perak akan melaksanakan pensijilan durian Musang King. Ia untuk menjamin kualiti selain membantu mengawal harganya.



Pengarahnya Mohd Adzhar Ahmad berkata, ketika ini pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunkan piawaian standard khusus untuk pensijilan berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

Adzhar menjelaskan, setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk. Sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentasi dan kertas kerja sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi. Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaraskan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah.



Label SIRIM memang sudah biasa kita lihat di peralatan elektrik dan elektronik. Ia diberikan kepada peralatan yang telah lulus ujian dan spesifikasi yang ditetapkan oleh SIRIM agar selamat digunakan di Malaysia. Selain itu, produk dengan frekuensi radio dan gelombang seperti telefon pintar dan modem, diluluskan oleh SIRIM jika ia tidak mengganggu atau menggunakan frekuensi yang bebas dan tidak mengganggu frekuensi radio lain.

Macam mana label SIRIM akan ditampal pada durian nanti. Adakah ia boleh disemak menggunakan aplikasi SIRIM, Check Your Label?

[Sumber: HM]

Tags: DurianMARDIMusang KingSIRIM
Najib

Najib

POPULAR

Elak ditipu dalam talian & dapatkan durian asli di kempen Durian e-Fiesta FAMA x Shopee

Label SIRIM pada Durian akan stabilkan harga Musang King?

20 June 2022
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN