• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Opensignal dapati 5G Malaysia paling pantas di dunia

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 22/06/2022
  • Komen
Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, kami ada melaporkan tentang prestasi internet mudah alih di Malaysia yang disediakan oleh Ookla. Hari ini, kami telah menerima laporan daripada satu lagi pemantau rangkaian mudah alih sedunia, Opensignal.

Laporan Opensignal ini adalah jauh berbeza dengan Ookla kerana ia menerangkan tentang prestasi rangkaian 5G sedunia untuk suku kedua 2022. Menariknya, Malaysia menduduki tangga teratas kelajuan muat naik dan muat turun 5G.



5G Malaysia paling pantas

Menurut Opensignal, kategori muat turun 5G sedunia mencatatkan peningkatan apabila 6 negara menunjukkan purata kelajuan 5G melebihi 300Mbps, berbanding hanya 3 negara pada suku pertama 2022. Malaysia salah satu dari negara baru ini, menduduki tempat kedua dengan kelajuan 382.2Mbps.

Korea Selatan mengekalkan kedudukan teratas dengan kelajuan 432.7Mbps. Sweden dan UAE kekal dengan kelajuan melebihi 300Mbps, kini disertai Malaysia, Bulgaria dan Norway.



Bagi kelajuan muat naik 5G pula, Malaysia mencatat kelajuan terpantas dan satu-satunya melebihi 50Mbps. Sweden, Norway dan Korea Selatan kekal menduduki tangga teratas kelajuan muat naik 5G, sama seperti muat turun.

Bagaimanapun, Opensignal mengingatkan bahawa 5G di Malaysia masih belum diuji kemampuan sepenuhnya. Ini kerana pengguna 5G di Malaysia sangat terhad dan masih sedikit, serta liputan hanya di bandar utama. Dengan tumpuan sebegini, tidak menghairankan Malaysia mencatat kelajuan 5G sangat pantas.

Pengalaman 5G Malaysia jauh ketinggalan

Prestasi 5G di Malaysia dapat melihat ketinggalan apabila melihat pada kualiti dan pengalaman penggunaan 5G. Opensignal meletakkan tiga kategori pengalaman iaitu video, permainan dan panggilan. Malaysia hanya mampu masuk ke 15 teratas dalam kategori permainan sahaja.

Ini kerana pengguna 5G yang masih sedikit, dan tidak menggunakan rangkaian 5G sepenuhnya. Malah, syarikat telekomunikasi masih bergantung pada rangkaian 4G untuk sambungan sepanjang masa, terutama untuk panggilan.

Peningkatan 5G berbanding 4G

Opensignal turut membentangkan maklumat peningkatan 5G berbanding 4G. Sudah pasti, Malaysia menduduk tangga teratas kerana prestasi 5G yang sangat tinggi, meninggalkan prestasi 4G yang dilaporkan ketinggalan di Asia Tenggara oleh Ookla sebelum ini.

Boleh dikatakan sangat menakjubkan kerana kelajuan muat turun 5G Malaysia meningkat 25.7 kali ganda berbanding 4G. Peningkatan pengalaman video 5G juga meningkat tinggi, sebanyak 73% berbanding 4G.

5G kurang bersedia di Malaysia

Akhir sekali, Opensignal menunjukkan data kesediaan sambungan 5G. Diingatkan bahawa penggunaan jalur spektrum rendah akan membantu liputan meluas dan kesediaan lebih tinggi. Contohnya di Puerto Rico, ia mencatat 42.6% kesediaan 5G kerana menggunakan jalur spektrum rendah. Tetapi Puerto Rico tidak tercatat di dalam tangga teratas kelajuan kerana spektrum rendah tidak dapat memberikan kelajuan yang tinggi.

Perkara yang sama diperkatakan untuk Switzerland. Walaupun memiliki kelajuan 5G antara tertinggi, ia tidak memiliki kesediaan 5G yang luas. Ini kerana Switzerland menggunakan 5G bertenaga rendah, menyediakan liputan yang kurang memuaskan terutama di dalam bangunan.

Bagi Malaysia, prestasi 5G masih tidak boleh diukur kerana hanya satu syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan 5G, dengan jumlah pengguna yang kecil. Empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, masih belum memberi keputusan walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan iaitu 30 Jun semakin hampir.

Adakah akan ada perubahan rancangan 5G di Malaysia jika empat telco ini tidak mahu menandatangani perjanjian 5G dengan DNB? Laporan Opensignal pada suku ketiga atau akhir tahun nanti pasti dapat memberikan pandangan yang lebih tepat mengenai prestasi 5G Malaysia.

Jika anda berminat untuk membaca laporan penuh ini, boleh layari laman Opensignal di sini.

Bacaan Berkaitan

  • 5 sebab kenapa Celcom, Digi, Maxis & U Mobile belum setuju tawaran 5G DNB
  • Kerajaan tolak cadangan telco pegang saham majoriti DNB, tarikh akhir persetujuan kekal 30 Jun
  • Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?
Tags: 5gOpenSignal
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB

Opensignal dapati 5G Malaysia paling pantas di dunia

22 June 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER