• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia masih ketinggalan dalam kelajuan internet mudah alih di Asia Tenggara

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 16/06/2022
  • Komen
Dapatkan pek SIM Yes 5G percuma sekarang dan nikmati 5G tanpa had, ini cara memohon
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun 5G di Malaysia masih belum digerakkan pembangunannya sepenuh kuasa, ia tidak menghalang syarikat telekomunikasi (telco) untuk terus meningkatkan kualiti rangkaian 4G sedia ada. Perkara ini dimaklumkan oleh Ookla yang memantau kelajuan internet di seluruh dunia. Ookla telah mengeluarkan laporan mereka mengenai prestasi talian mudah alih di Malaysia untuk suku pertama 2022.

Dalam laporan ini, Ookla juga membentangkan prestasi lima telco di Malaysia iaitu Celcom, Maxis, Digi, U Mobile dan Unifi Mobile. Bagi Yes, ia hanya dinyatakan di dalam ruang prestasi, tiada laporan untuk liputan. Prestasi ini diukur menggunakan maklumat yang diperolehi Ookla menerusi Speedtest Intelligence mereka.



Prestasi 4G Malaysia ala kadar

Ookla mendapati bahawa kelajuan talian mudah alih 4G di Malaysia agak biasa di Asia Tenggara. Kelajuan muat turun 4G masih diterajui oleh Singapura dan diikuti oleh Vietnam dan Thailand. Malaysia mencatat kelajuan median melebihi 20Mbps (22.41Mbps) manakala Indonesia, Filipina dan Kemboja mencatat kelajuan di bawah 20Mbps.

Menariknya, Vietnam mendahului dalam kelajuan muat naik (17.49Mbps) mengatasi Singapura dengan 11.62Mbps. Tetapi Malaysia menduduki tangga tercorot dengan kelajuan muat naik 7.59Mbps, satu tangga di atas Filipina (5.14Mbps).



Liputan 4G antara terbaik di Asia Tenggara

Bagaimanapun, Malaysia mendahului di Asia Tenggara dari segi liputan 4G. Tidak mengejutkan apabila Singapura di tangga teratas dengan 94.5% tersedia 4G sepanjang masa. Ia diikuti dengan Malaysia sebanyak 92.3%.

Negara Asia Tenggara lain boleh dikatakan berada di bawah 90% dengan Indonesia 90.5% dan terendah adalah Vietnam (82.9%). Walaupun Vietnam memiliki kelajuan internet antara tertinggi, keterhubungannya tidaklah sebaik prestasi.

Prestasi Yes dan Unifi Mobile jauh ketinggalan

Ookla kemudiannya melaporkan dengan lebih mendalam di Malaysia, dengan membentangkan prestasi setiap telco. Maxis dan U Mobile dilihat cemerlang apabila memiliki kesediaan liputan melebihi purata, sebanyak 94.6% dan 94.5%.

Unifi dan Celcom pula masing-masing dengan 92% dan 91.1% tetapi Digi mencatat kesediaan liputan di bawah 90%. Ookla menambah, laporan JENDELA Q1 2022 menyatakan bahawa Digi tidak mencapai sasaran pembangunan 4G yang ditetapkan, akibat masalah permit kelulusan di Sabah.

Kelajuan muat turun di Malaysia diterajui oleh Digi (28.08Mbps) dan Maxis (23.21Mbps), tetapi Maxis mendahului kelajuan muat naik dengan 10.59Mbps. Telco lain mencatat muat naik di bawah 10Mbps.

Prestasi Yes dan Unifi Mobile dilihat agak teruk. Yes mencatat kelajuan muat turun 14.53Mbps dan muat naik 2.37Mbps, manakala Unifi Mobile dengan muat turun 12.43Mbps dan muat naik 2.65Mbps. Walaupun Yes adalah telco 4G sepenuhnya dan telah mula menawarkan 5G, ia tidak menjamin prestasi yang tinggi.

Perbandingan prestasi dan liputan mengikut negeri

Agak aneh apabila Ookla melaporkan Kuala Lumpur ada kesediaan liputan 4G paling rendah. Mereka menerangkan, kesediaan sambungan 4G tidak serupa dengan liputan 4G. Ia lebih kepada teknologi di lebih lama pengguna berhubung ke 4G sahaja, berbanding berhubung ke 2G dan 5G.

Dapat dilihat, Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dengan kesediaan 4G di bawah 90%. Peningkatan tertinggi dapat dilihat di Pantai Timur apabila Pahang, Terengganu dan Kelantan mencatat kenaikan lebih 10%.

Kelajuan muat turun dan muat naik tidak jauh berbeza mengikut negeri. Ini menandakan teknologi 4G semakin matang di Malaysia.

Jika anda berminat untuk membaca laporan penuh Ookla, boleh membacanya di sini.

[Sumber: Ookla]

Tags: ooklaspeedtest
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan pek SIM Yes 5G percuma sekarang dan nikmati 5G tanpa had, ini cara memohon

Malaysia masih ketinggalan dalam kelajuan internet mudah alih di Asia Tenggara

16 June 2022
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN