[Artikel ini dibawakan oleh Maimo]
Kesihatan fizikal mudah diterjemahkan dengan melihat badan yang tegap, kurang benjolan lemak serta otot yang jelas kelihatan. Tetapi kesihatan badan sahaja tidak mencukupi untuk seseorang menjalani hidup seharian dengan berkesan. Minda dan perasaan juga harus dijaga dengan rapi supaya individu tidak mudah membuat pilihan yang silap dalam menentukan arah tuju kehidupan.
Kerana itu, kesihatan minda menjadi semakin penting dalam dunia moden masakini. Sudah banyak pakar kesihatan yang menyeru kepada penjagaan mental dan fizikal tetapi nasihat hanya tinggal cakap-cakap sahaja, jika individu itu sendiri tidak mengambil langkah penjagaan diri sendiri.
Sebagai permulaan, anda boleh mendapatkan produk penjagaan pintar untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat, di samping minda yang cergas. Bermula dengan jam pintar. Ia bukanlah peranti khusus untuk perubatan, tetapi boleh digunakan sebagai rujukan status kesihatan diri.
Antara ciri-ciri yang perlu anda pastikan ada di jam pintar tersebut adalah:
1. Pemantau denyutan nadi 24/7
Ini fungsi paling asas perlu ada di jam pintar. Jika tidak, anda perlu mencari model lain. Ini kerana denyutan nadi atau degupan jantung adalah petanda paling penting kesihatan minda dan fizikal anda. Jika anda tertekan perasaan, denyutan nadi berubah. Jika anda penat tiba-tiba, degupan jantung bertindak luar biasa.
Apa yang lebih baik adalah jam pintar yang memberi amaran jika ada yang tidak normal dengan degupan jantung anda. Kerana jika ada, lebih baik anda membuat pemeriksaan kesihatan segera.
2. Pengesan tahap Oksigen dalam darah (SpO2)
Fungsi yang dianggap premium suatu masa dahulu, kini sudah banyak ada di jam pintar. Tahap oksigen dalam darah adalah salah satu perkara penting untuk mengetahui kesihatan badan yang tidak boleh dilihat dari luaran. Di masa COVID-19 melanda, SpO2 menjadi tanda aras penting buat pesakit untuk mengetahui perlu atau tidak ke hospital untuk rawatan lanjut.
3. Pemantau pernafasan
Selain degupan jantung, pernafasan juga boleh memberi petunjuk penting tahap kesihatan minda dan jasmani. Oksigen adalah penting untuk manusia dan pernafasan yang tepat membantu minda berfikir dengan jelas dan tubuh beraksi lebih baik, seperti tidur mencukupi, daya tahan badan tinggi serta mengurangkan tekanan minda.
4. Pemantau tidur
Jika ada satu masa yang anda perlu tahu sewaktu tidak sedar, ia adalah waktu tidur. Tahu tentang corak tidur boleh membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan rohani. Dengan tidur yang cukup, badan bukan sahaja lebih sihat, malah minda lebih tenang sepanjang hari untuk memberi anda ruang berfikir dengan lebih tepat dan tajam.
Sebenarnya, anda boleh mendapatkan ciri-ciri seperti yang disebut di atas, di dalam jam pintar Maimo Watch R. Ia bukan sahaja canggih, tetapi boleh dimiliki dengan harga yang sangat mampu milik. Jadi kesihatan minda dan fizikal boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Maimo Watch R memiliki rekaan premium dan bergaya, dengan badan jam diperbuat daripada besi tahan karat. Ia sangat ringan di pergelangan tangan dan selesa dipakai kerana rekaan yang ergonomik.
Sebagai penjejak kecergasan, terdapat lebih 100 mod sukan boleh dipilih. Malah, ia boleh mengesan secara automatik jenis sukan yang sedang dilakukan pengguna, di samping fungsi GPS memberi lebih banyak maklumat kecergasan untuk pengguna. Sukan air seperti berenang juga turut ada kerana Maimo Watch R kalis air 5ATM.
Maimo Watch R turut boleh menjadi aksesori gaya hidup di luar waktu kecergasan. Tali jam padanya boleh ditukar sehingga 6 jenis warna. Lebih menarik, terdapat lebih 100 muka jam untuk dipilih bagi memenuhi pelbagai situasi dan mood pengguna.
Paling utama, pengguna tidak perlu risau tentang hayat bateri kerana Maimo Watch R boleh digunakan sehingga 12 hari dengan sekali cas penuh.
Pengguna juga boleh mengamalkan gaya hidup moden menggunakan pelbagai ciri pintar di Maimo Watch R seperti kawalan kamera dan muzik peranti dari pergelangan tangan, serta menerima notis pesanan baru.
Ia juga sangat sesuai untuk wanita kerana Maimo Watch R memiliki fungsi pemantau kitaran haid. Di samping itu, pengguna juga akan diingatkan sepanjang hari untuk minum air yang mencukupi.
Jika anda berminat untuk memiliki sebuah Maimo Watch R demi memastikan kesihatan fizikal dan rohani sentiasa terjaga, maka dapatkan sebuah pada harga RM229 (Watch R) dan RM259 (Watch R GPS).
Tetapi tunggu dulu. Khas untuk pembeli terawal Maimo Watch R pada 25 Jun 2022 di Stor Rasmi Maimo di Shopee, ada diskaun dan hadiah percuma disediakan. Harga promosi khas pada hari tersebut adalah:
- Maimo Watch R – RM205
- Maimo Watch R GPS – RM235
Hadiah percuma pula berupa pelindung skrin dan untuk 210 pembeli pertama, akan menerima tali jam tambahan percuma. Segera dapatkannya sekarang sementara promosi masih ada.
Menangi 2 unit Maimo Watch R untuk anda dan hadiah kepada yang lain
Anda nak miliki jam pintar Maimo Watch R dan hadiahkan juga kepada keluarga, sahabat atau pasangan tersayang? Kini anda berpeluang melakukannya.
Caranya mudah sahaja. Komen di dalam post Facebook di sini, kenapa anda sendiri mahu Maimo Watch R yang baru ini dan mahu memberikannya sebagai hadiah kepada orang lain. Pastikan anda tag mereka sekali.
Komen paling menarik akan memenangi 2 unit Maimo Watch R. Satu untuk anda dan satu untuk hadiah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Jumaat, 8 Julai 2022 pukul 5 petang.
Tertakluk kepada terma dan syarat. Jika anda pernah memenangi hadiah daripada Mind Blow Sdn Bhd dalam tempoh 6 bulan sebelum ini, anda tidak layak untuk memenangi hadiah lagi.