• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 6 cara kenal pasti penipuan pekerjaan di Internet

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:02 pm
  • 26/06/2022
  • Komen
TIPS: 6 cara kenal pasti penipuan pekerjaan di Internet
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sedang mencari pekerjaan? Dengan adanya Internet, aktiviti ini memang menjadi mudah. Tapi, anda perlu berhati-hati sebab penipuan pengambilan pekerjaan semakin berleluasa. Dari Januari hingga Ogos 2021, penipuan pekerjaan telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM4.6 juta daripada mangsa. Kebanyakan mereka mencari kerja sambilan dan diperdaya melalui iklan pekerjaan “PM tepi” di media sosial.

Sebelum ini juga saya ada kongsikan berita mengenai remaja lelaki yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan. Dia ditawarkan gaji lumayan kononnya untuk jadi pelayan, tapi dia dibawa lari dan dipaksa untuk menjadi scammer. Perkara ini perlu dipandang serius agar anda tidak menjadi mangsa. Oleh itu, berikut merupakan 6 tanda-tanda penipuan pekerjaan di Internet yang perlu anda tahu.



1. Pekerjaan terlalu bagus & mustahil untuk jadi kenyataan

Memang seronok kalau ditawarkan pekerjaan asas yang mudah beserta gaji yang banyak. Contohnya, gaji RM5,000 sehari, boleh kerja pada waktu fleksibel dan tugasnya mudah seperti like atau balas komen perkongsian di media sosial. Jika anda ada jumpa iklan tawaran pekerjaan seperti ini, anda perlulah berhati-hati, sebab pekerjaan yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, biasanya bukan pekerjaan sebenar yang perlu anda lakukan. Ingat, pekerjaan bergaji tinggi biasanya diberikan kepada orang yang lebih berpengalaman atau tahap kepakaran yang lebih tinggi. 

Sumber

2. Anda dihubungi melalui media sosial 

Syarikat yang sah akan berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, telefon atau aplikasi pemesejan di mana identiti sebenar mereka akan ditunjukkan. Mungkin ada yang hantar mesej melalui media sosial, tetapi mereka tetap akan beralih ke platform komunikasi yang lebih formal apabila perbincangan diteruskan.



Jika sesebuah syarikat itu hanya menghantar mesej melalui media sosial dan tidak ada maklumat lain untuk dihubungi, maka abaikan sahaja. Jika ragu-ragu, anda boleh cari maklumat tentang syarikat itu di dalam talian. Semua syarikat yang beroperasi secara sah mempunyai maklumat di dalam Internet.

Sumber

3. Syarikat hantar e-mel yang mencurigakan

Berkomunikasi melalui e-mel tidak bermaksud syarikat itu adalah sah. Anda boleh lihat penipuan pengambilan kerja berdasarkan kandungan e-mel. Periksa sama ada e-mel itu dikirim daripada alamat e-mel rasmi syarikat atau pun tidak. Jika individu tersebut menggunakan e-mel peribadi, maka iklan jawatan itu boleh menjadi satu penipuan.

Kemudian, jika e-mel itu tidak ditulis secara profesional dan dipenuhi dengan kesilapan tatabahasa, tawaran itu mungkin palsu. Oleh itu, anda perlu sentiasa semak daripada siapa e-mel itu dihantar.

4. Majikan minta maklumat peribadi berlebihan

Apabila anda meminta pekerjaan, majikan hanya ingin tahu perkara yang ada di dalam resume sahaja. Contohnya latar belakang kerja, pendidikan, kepakaran dan maklumat peribadi asas.

Selain daripada perkara itu, majikan tidak mempunyai kepentingan untuk mendapatkan maklumat tambahan anda seperti butiran bank. Ia hanya perlu diberikan sekiranya anda sah bekerja dengan mereka, untuk kegunaan gaji. Oleh itu, berhati-hati dengan iklan pekerjaan atau tawaran kerja yang memerlukan butiran peribadi anda secara berlebihan. Mereka mungkin ada kegunaan lain terhadap maklumat peribadi anda.

5. Dapat terus kerja, tak perlu mohon & temu duga

Jika seseorang menghubungi anda dalam talian dengan tawaran kerja, ini adalah tanda penipuan yang perlu anda peka. Tawaran kerja biasanya akan datang selepas permohonan anda diteliti. Ia melibatkan penyerahan resume dan temu duga rasmi. Tawaran pekerjaan tidak akan diberikan secara rawak kepada sesiapa pun melalui alamat e-mel atau akaun media sosial.

Sesetengah penipuan pekerjaan akan mendakwa yang mereka telah melihat kelayakan anda di dalam talian, lalu menganggap anda layak untuk sesebuah jawatan itu. Walaupun benar, calon seharusnya lalui tapisan lebih lanjut sebelum diberikan jawatan.

Mengambil pekerja baru adalah satu proses yang memakan masa berminggu-minggu. Tapi, penipuan pekerjaan biasanya bersifat mendesak dan mahu anda terima tawaran mereka dengan segera.

6. Mereka mintak duit anda

Majikan yang meminta wang adalah antara tanda penipuan pekerjaan yang paling jelas. Apabila anda menemui individu seperti itu, laporkan mereka kepada pihak berkuasa supaya mereka berhenti menipu lebih ramai orang.

Sumber

Selain itu, jangan berikan maklumat kad kredit anda kepada laman pekerjaan palsu. Memohon pekerjaan dalam talian tidak sepatutnya membebankan sesiapa pun.

Cara terbaik untuk mengelak penipuan adalah dengan menggunakan sumber dalam talian yang dipercayai untuk dapatkan pekerjaan anda. Contohnya adalah melalui LinkedIn, JobStreet, Indeed dan Maukerja. Jika anda sedang cari pekerjaan, pastikan anda peka dengan tawaran yang diberikan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

[Sumber: Jobstreet]

[Sumber gambar: The Week]

Bacaan berkaitan

  • Terperdaya pekerjaan gaji lumayan, mangsa dibawa ke Myanmar & dipaksa menjadi scammer
  • Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan
  • Maybank beri amaran tentang scam aplikasi, ada pengguna telah menjadi mangsa
Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 6 cara kenal pasti penipuan pekerjaan di Internet

TIPS: 6 cara kenal pasti penipuan pekerjaan di Internet

26 June 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER