• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Google Hangouts perlu beralih ke Chat sekarang, akan ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini

  • OLEH Najib
  • 12:09 pm
  • 28/06/2022
  • Komen
Pengguna Google Hangouts perlu beralih ke Chat sekarang, akan ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah guna Google Hangouts? Perkhidmatan permesejan oleh Google ini akan ditamatkan riwayatnya pada akhir tahun ini. Lebih tepat lagi, pada bulan November 2022. Perkara ini sebenarnya telah dirancang Google sejak tahun 2020, tetapi baru kini ia dilaksanakan.

Dengan tamatnya Hangouts, Google meminta pengguna untuk beralih ke perkhidmatan mereka yang hampir serupa iaitu Google Chat. Menurut Google, Chat menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh di dalam ekosistem Google seperti integrasi dengan Docs, Slides atau Sheets.



Chat juga menyediakan fungsi Spaces, ruangan khas untuk perbincangan berkumpulan seperti berkongsi idea, tugasan serta menguruskan dokumen. Chat juga dibina ke dalam Gmail, memudahkan lagi ia digunakan bersama emel.

Pengguna Hangouts di telefon pintar akan mula menerima notis untuk berpindah ke Chat mulai hari ini. Bagaimanapun, untuk pengguna di komputer pula ada masa lebih panjang. Notis berpindah dari Hangout ke Chat akan diberikan mulai bulan Julai dan boleh digunakan sehingga bulan November 2022. Google juga menyatakan, pengguna akan diberi amaran sekurang-kurangnya sebulan sebelum ditamatkan, untuk berhenti menggunakan Hangouts dan mula menggunakan Chat.



Pengguna Hangouts sedia ada tidak perlu risau tentang semua perbualan mereka kerana Google akan memindahkannya secara automatik ke Chat. Google juga akan memberi pilihan kepada pengguna untuk memuat turun data Hangouts melalui Takeout, sebelum ia ditamatkan perkhidmatan pada bulan November.

Bagi menarik perhatian pengguna untuk mula beralih ke Chat, Google akan menambah beberapa fungsi baru ke dalam Chat seperti membuat panggilan, mencipta untaian perbualan di Spaces, serta berkongsi dan melihat pelbagai gambar.

[Sumber: The Verge, Google]

Tags: GoogleGoogle Chatgoogle hangouts
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Google Hangouts perlu beralih ke Chat sekarang, akan ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini

Pengguna Google Hangouts perlu beralih ke Chat sekarang, akan ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini

28 June 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN