• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

T-Mobile “jaja” data pengguna secara terbuka, kini telco itu jadi syarikat pengiklanan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:51 am
  • 28/06/2022
  • Komen
T-Mobile “jaja” data pengguna secara terbuka, kini telco itu jadi syarikat pengiklanan
Share on FacebookShare on Twitter

T-Mobile, salah satu telco terkemuka dari A.S mengumumkan produk baharu yang dijangka menarik minat para pengiklan digital. Servis yang dinamakan App Insights membolehkan pengendali jenama menggunakan data pelanggan T-Mobile untuk mensasarkan iklan mereka.

App Insight sudahpun berada dalam fasa beta untuk beberapa tahun. Melaluinya, T-Mobile menyediakan data pelanggan seperti APP apa yang dibuka, rangkaian Wi-Fi apa yang disambung, pelayar web apa yang digunakan, dan banyak lagi semuanya dengan menganalisis paket data yang melalui pelayan T-Mobile.



Menggunakan data-data tersebut, pengiklan boleh melakukan bidikan tepat kea rah pengguna yang mempunyai potensi tertinggi untuk mendapatkan produk yang dijual di dalam iklan. Hasilnya, tidaklah bajet pengiklanan dihabiskan secara semberono.

Telco itu menyatakan yang tiada maklumat khusus ada yang bolehkan data-data dijejak kepada pemilik asal. Sebaliknya semua data digolongkan dalam kategori tertentu. Ia tidaklah bermakna T-Mobile tidak boleh menjejak siapakah pemilik asal data itu jika mereka mahu.



Mungkin ini satu berita baik. Pengguna peranti iOS, data mereka tidak termasuk dalam App Insigt setakat ini. T-Mobile mengakui yang peraturan tentang data pengguna Apple lebih ketat berbanding Android menyebabkan mereka tidak mahu melibatkan pengguna iOS ke dalam App Insight buat masa ini.

Sungguhpun setakat ini fenomena ini berlaku di luar sana, tak mustahil lambat laun telco tempatan akan lakukan benda yang sama. Makanya, bersama-samalah kita peka dengan tindak tanduk telco yang kita langgan.

Sumber: AdExchanger, 9to5Mac, Gambar Pemuka

Bacaan berkaitan

Apple kata yang data anda selamat daripada eksploitasi kalau guna iPhone – SoyaCincau.com

Tags: androidapplegooleiOSt-mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
T-Mobile “jaja” data pengguna secara terbuka, kini telco itu jadi syarikat pengiklanan

T-Mobile “jaja” data pengguna secara terbuka, kini telco itu jadi syarikat pengiklanan

28 June 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER