• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Hari Raya Aidiladha 2022: Ini 3 saluran untuk anda lakukan ibadah korban

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:39 pm
  • 30/06/2022
  • Komen
Hari Raya Aidiladha 2022: Ini 3 saluran untuk anda lakukan ibadah korban
Share on FacebookShare on Twitter

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telahpun mengumumkan yang tarikh Hari Raya Korban untuk tahun 2022 akan jatuh pada 10 Julai 2022. Seandainya anda ingin menyertai ibadah korban secara dalam talian, masih ada masa untuk anda lakukan sedemikian. Berikut adalah 3 pilihan yang anda ada.

1. Iklhas daripada AirAsia

Ikhlas adalah servis Korban dan Akikah daripada AirAsia. Mereka telah menawarkan perkhidmatan sejak tahun 2020 lagi. Ada pelbagai pilihan Korban boleh anda pilih. Yang pertama sekali adalah untuk lakukan di dalam negara ataupun di luar negara.



Untuk satu bahagian Korban di dalam negara, harganyanya adalah RM780 manakala di luar negara RM320. Sekiranya anda ingin Ikhlas untuk berikan anda bahagian lembu Korban itu, kosnya adalah RM800 termasuk penghantaran.

Antara kelebihan Korban melalui Ikhlas adalah anda akan dapat mata BIG sebanyak 1 untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. Sekiranya anda lakukan korban di luar negara, anda akan dapat 160 mata BIG.



Pihak yang mengendalikan Ikhlas ialah syarikat yang bernama Ikhlas Com Travel Sdn- Bhd. dengan nombor pendaftaran 201801010997 (1273013-P). Mereka berpengkalan di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Anda boleh layari laman rasmi Ikhlas untuk maklumat lanjut.

2. EZ Qurban

Servis Korban ini dikendalikan oleh EZ Qurban Sdn. Bhd.

Kadar bayaran untuk korban luar negara mereka sama saja dengan Ikhlas. Mungkin disebabkan kedua-dua mereka ada jalinan kerjasama berdasarkan logo Ikhlas yang ada di laman web rasmi EZ Qurban.

Untuk satu bahagian lembu, harga yang dikenakan adalah RM320 manakala seekor kambing adalah RM580. Daging korban akan diagihkan di salah satu daripada 35 negara tempat EZ Qurban beroperasi. Tapi kalau peserta ingin lakukan Korban di Palestin ataupun Syria, harganya nyata lebih tinggi berbanding biasa, bermula RM1,300.

Untuk lebih telus dalam pengoperasian, EZ Qurban katanya diaudit oleh entiti pihak ketiga iaitu Amanah Warisan Berhad. Berdasarkan entri blog bertarikh 12 Januari 2022, mereka melaporkan telah mengaudit 40,943 transaksi.

3. QurbanAid

QurbanAid menyediakan khidmat korban luar negara palng murah dalam kalangan tiga penyedia perkhidmatan dalam artikel ini. Satu bahagian lembu ditawarkan pada harga RM299 sahaja. Bersama-sama dengan penyertaan, anda boleh beroleh set telekung dan bahan bacaan islamik bergantung kepada pakej yang anda beli.

Khidmat QurbanAid dikendalikan oleh Qurbanaid Sdn Bhd (1298529-T) yang beralamt di Petaling Utama Avenue. Layari laman rasmi QurbanAid untuk maklumat lanjut.

Sumber: Gambar Pemuka

Tags: hari raya aidiladhahari raya hajihari raya korbankorban
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hari Raya Aidiladha 2022: Ini 3 saluran untuk anda lakukan ibadah korban

Hari Raya Aidiladha 2022: Ini 3 saluran untuk anda lakukan ibadah korban

30 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER