• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Inzone, jenama produk gaming daripada Sony masuki Malaysia dengan 3 produk audio pertama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:35 pm
  • 04/07/2022
  • Komen
Inzone, jenama produk gaming daripada Sony masuki Malaysia dengan 3 produk audio pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Sony mengumumkan beberapa produk headset gaming untuk pasaran Malaysia. Produk-produk tersebut berada dalam subjenama Inzone, jenama gaming terbaru yang diasaskan Sony. Ada tiga headset gaming diperkenalkan iaitu Inzone H3, Inzone H5, dan Inzone H7. Kesemua headset ini adalah daripada jenis over-ear.

Inzone H3 adalah headset gaming berkabel dengan sokongan 360 Spatial Sound. Ia ada pemacu bunyi sebesar 40mm. Untuk berkomunikasi, mikrofon jenis boom boleh digunakan dan pola pengesanan audio adalah sempit bagi memastikan hanya suara pemakai dibawa masuk ke sistem. Inzone H3 dijual pada harga RM439.



Inzone H7 adalah versi wayarles kepada H3. Ia ada spesifikasi sangat mirip pada versi lebih murah kecuali headset ini menggunakan sambungan Bluetooth ataupun radio 2.4Ghz. Bagusnya headset ini adalah ia boleh memainkan audio menerusi Bluetooh dan radio 2.4Ghz serentak. Misalnya, anda bersembang menggunakan Discord di telefon gunakan Bluetooth dan pada masa sama anda boleh dengari audio permainan anda daripada desktop tanpa masalah. Inzone H7 dijual pada harga RM1,099.

Inzone H9 adalah versi paling mahal iaitu RN1,299. Ia ada spesifikasi macam Inzone H7 tapi ada satu ciri tambahan iaitu penyaring hingar (ANC). Satu cas penuh Inzone H9 boleh memberi khidmat selama 32 jam. 10 minit pengecasan dikatakan mampu berikan 60 minit waktu guna. Masalahnya Inzone H9 tidak dikhabarkan pula bilakah akan mula dijual.



Setakat ini hanya produk audio saja yang menembusi Malaysia. Di sebalik sana dunia, dalam pasaran A.S sana mereka ada monitor gaming. Inzone M9 adalah monitor gaming pertama Sony. Ia ada resolusi 4K pada kadar segar semula 144Hz dalam panel sebesar 27”.

Antara spesifikasi yang menarik adalah seperti pensijilan DisplayHDR 600, local dimming dengan cakupan penuh dan sokongan Nvidia G-SYNC. Sony mengetengahkan laptop ini untuk dipadankan dengan konsol permainan PlayStation 5. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: audioSonysony inzone h3sony inzone h7sony inzone h9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Inzone, jenama produk gaming daripada Sony masuki Malaysia dengan 3 produk audio pertama

Inzone, jenama produk gaming daripada Sony masuki Malaysia dengan 3 produk audio pertama

4 July 2022
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN