• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet GoInvest sedia pulangan lebih tinggi daripada Go+ dan ia selesaikan isu Enhanced TNG saya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:49 am
  • 06/07/2022
  • Komen
TNG eWallet GoInvest sedia pulangan lebih tinggi daripada Go+ dan ia selesaikan isu Enhanced TNG saya
Share on FacebookShare on Twitter

Periksa APP TNG eWallet anda kerana ada satu opsyen pelaburan baharu yang boleh anda pertimbangkan selain Go+. Namanya adalah GoInvest dan ia dikendalikan oleh entiti yang sama disebalik Go+ iaitu Pricipal.

Sekiranya anda sudahpun ada akaun Go+, proses eKYC untuk membuka akaun GoInvest sepatutnya mudah kerana semua data yang diperlukan hanya dikongsikan daripada sana. Menurut polisi pembayaran faedah, ia dilakukan secara bulanan (Class D) berbanding Go+ secara harian (Class A).



Apa beza dengan GO+ sedia ada?

Tiada sebarang angka pulangan spesifik dikongsikan. Unjuran pulangan yang dijangka adalah sehingga 2.70% p.a, iaitu angka pulangan berasaskan CIMB eFixed Return Income Account-I (eFRIA-i). Unjuran tersebut lebih tinggi daripada penawaran Go+ pada 1.80% p.a. Lagi tentang perbezaan antara dua insturmen pelaburan ini adalah GoInvest memberikan pulangan secara bulanan manakala Go+ secara harian.

GoInvest memerlukan sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sekiranya anda melakukan transaksi wang keluar daripada akaun dan hanya boleh dipindahkan ke akaun bank.



Tiada apa yang wow pun tentang opsyen pelaburan terbaharu yang boleh dimanfaatkan terus daripada APP TNG eWallet. Ia tidaklah membuatkan anda kaya raya daripada hasil pelaburan. Tapi ada satu ciri GoInvest ini yang menjadi solusi kepada masalah RFID yang saya hadapi.

GoInvest solusi kepada masalah Enhanced TNG

Saya pernah mengadu tentang isu RFID yang mengambil dana daripada Go+. Saya ingin jadikan Go+ tempat untuk menyimpan wang dan tidak mahu ia digunakan untuk pembayaran. Masalahnya, jika saya tambat kad Enhanced TNG dan lalu plaza tol yang menyokong PayDirect, ia tetap akan menolak baki Go+ kerana saya tiada baki di dalam eWallet.

Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka

Dengan GoInvest, saya boleh pindahkan Go+ saya ke sana dan tak perlu risau tentang dana di sana kerana menurut laman FAQ GoInvest, dana ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran di eWallet.

Tags: fintekkewangantngtng ewallettng go plustng go+tng goinvest
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
TNG eWallet GoInvest sedia pulangan lebih tinggi daripada Go+ dan ia selesaikan isu Enhanced TNG saya

TNG eWallet GoInvest sedia pulangan lebih tinggi daripada Go+ dan ia selesaikan isu Enhanced TNG saya

6 July 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN