• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!        

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 am
  • 13/07/2022
  • Komen
Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!        
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon terbaharu daripada jenama yang baharu saja ditubuhkan oleh orang kuat OnePlus selepas meninggalkan syarikat penghasil “flagship killer” telah dilancarkan di UK. Nothing Phone (1) akan mula menyelinap masuk ke pasaran-pasaran utama seluruh dunia dan Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Harga Nothing Phone (1) di Malaysia

Walaupun tarikh penjualan telefon ini masih tidak diketahui, pengeluarnya sudahpun mengumumkan harga penjualannya dalam pasaran kita. Ada dua varian yang boleh kita dapatkan, berikut adalah harganya:



  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM2,399
  • RAM 12GB + Storan 256GB – RM2,699

Ada beberapa aksesori Nothing baharu diumumkan sewaktu pelancaran Nothing Phone (1) di UK. Antaranya adalah:

  • Phone (1) Case – GBP25 (~RM132)
  • Phone (1) Screen Protector – GBP19 (~RM100)
  • Pengecas 45W – GBP35 (~RM185)

Lagi tentang penjualannya. Sekiranya ada telefon baharu dilancarkan, biasanya kita boleh membelinya secara dalam talian di platform seperti Lazada dan Shopee. Namun untuk telefon ini, ia dijual di kedai menjual pakaian.



Menurut maklumat daripada laman rasmi, untuk pasaran Malaysia, penjualannya akan dipertanggungjawabkan kepada Crossover (dalam talian atau luar talian). Kalau anda ke laman rasmi kedai itu, mereka tak langsung menjual gajet elektronik sebaliknya pakaian daripada kepala hingga ke kaki.

Perkara yang sama boleh juga anda lihat untuk pasaran UK, Thailand, Singapura, Fillipina, dan beberapa negara lain. Agak unik strategi yang diguna pakai syarikat ini untuk produk mereka.

Spesifikasi Nothing Phone (1)

Ciri unik telefon ini adalah kemasan belakang yang seakan lutsinar. Kemudian, ada juga lampu LED yang digelar Glyph yang berinteraksi dalam situasi tertentu seperti panggilan masuk, mengecas, dan sebagainya. Selain kemasan belakang, Phone (1) adalah sebuah telefon biasa-biasa sahaja dalam kelas pertengahan.

Nothing Phone (1) hadir dengan panel OLED 120Hz sebesar 6.55” yang padanya ada resolusi FHD+. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 778G yang bergandingan dengan LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

Di bahagian belakang, ia ada 2 kamera 50MP masing-masing kamera utama dan satu lagi kamera ultralebar. Namun, kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX766 manakala kamera sekundernya menggunakan sensor Samsung JN1. Di bahagian depan, kamera selfienya diletakkan dalam paparan berlubang dan ia menggunakan sensor IMX471 16MP.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik telefon ini adalah bateri 4,500mAh. Ia dicas menggunakan piawaian USB-PD 3.0 33W yang disediakan di dalam kotak. Pengecasan wayarles mampu bekerja pada paras 15W manakala pengecasan berbalik pada 5W.

Beberapa perkara lain yang perlu anda tahu adalah ia ada speaker stereo dan menjalankan sistem operasi Nothing OS. Pengeluarnya memberi jaminan yang akan menaik taraf Android sebanyak 3 versi dan sokongan keselamatan selama 4 tahun.

Tags: androidNothingnothing phone (1)telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!        

Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!        

13 July 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN