• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Pad Air, tablet pertama Oppo akan dilancar bersama siri Reno 8

  • OLEH Najib
  • 2:51 pm
  • 14/07/2022
  • Komen
Oppo Pad Air, tablet pertama Oppo akan dilancar bersama siri Reno 8
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru, siri Reno 8 pada 21 Julai 2022. Tidak sekadar itu, majlis pelancaran yang sama akan turut menyaksikan kedatangan tablet pertama Oppo ke Malaysia, Oppo Pad Air.

Tablet pertama Oppo ini bukan di dalam kelas permulaan. Ia lebih kepada kelas pertengahan dengan harga dijangka melebihi RM1,000. Oppo Pad Air telah dilancar di China sebelum ini dan harga jualannya adalah:



  • Oppo Pad Air [RAM 4GB + Storan 64GB] – CNY 1,299 (~RM857)
  • Oppo Pad Air [RAM 4GB + Storan 128GB] – CNY 1,499 (~RM989)
  • Oppo Pad Air [RAM 6GB + Storan 128GB] – CNY 1,699 (~RM1,121)

Spesifikasi Oppo Pad Air

Menurut Oppo Malaysia, tablet Oppo Pad Air mmeiliki skrin seluas 10.36-inci bersama resolusi tinggi 2K. Tidak disebut pula tentang OLED, jadi ia pastinya skrin jenis LCD 60Hz sahaja.

Sistem empat pembesar suara Dolby Atmos dipasang di dalam Oppo Pad Air, untuk memberikan bunyi yang lebih semulajadi dan 3-dimensi. Bagaimanapun, hanya ini perkara yang dikongsikan secara rasmi oleh Oppo Malaysia.



Perkara lanjut tentang Oppo Pad Air boleh kita perolehi dari Oppo China. Dari laman produk di sana, ia menyatakan bahawa cip yang digunakan adalah Snapdragon 680. RAM pula jenis LPDDR4x dan storan UFS 2.2. Kad mikroSD diterima sehingga 512GB.

Hanya ada dua kamera pada tablet ini. Kamera belakangnya 8MP F2.0 dan kamera hadapan pula 5MP F2.2, terletak di dalam bingkai untuk memberikan rupa skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

Tenaga pula disalur oleh bateri berkapasiti 7,100mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W PD menerusi USB-C. Tiada jek audio 3.5mm padanya.

Di China juga, Oppo Pad Air memiliki aksesori rasmi iaitu Pen Stylus dan Pelindung bersama Papan Kekunci. Ia dijual berasingan.

Sekilas pandang spesifikasi ini, ia sebenarnya sangat serupa dengan tablet Realme Pad yang telah dilancar di Malaysia akhir tahun lepas. Bezanya adalah penggunaan pemproses di mana Realme Pad dikuasakan cip Mediatek Helio G80. Harga Realme Pad bermula dari RM799 tetapi model LTE 128GB berharga RM1,199. Pastinya harga tablet Oppo nanti lebih mahal daripada Realme Pad ini.

Memandangkan Oppo Pad Air ini hampir serupa dengan Realme Pad, anda boleh saksikan reviu kami tentang Realme Pad di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Deposit RM100 untuk dapat hadiah RM1,775 melalui promo tempahan awal siri Oppo Reno 8
  • Siri Oppo Reno 8 dilengkapi Mari SiliconX akan tiba tidak lama lagi
  • [REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
Tags: oppoOppo Pad Airtablet
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Pad Air, tablet pertama Oppo akan dilancar bersama siri Reno 8

Oppo Pad Air, tablet pertama Oppo akan dilancar bersama siri Reno 8

14 July 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN