• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix pilih Microsoft untuk teknologi iklan dalam kandungan

  • OLEH Najib
  • 3:58 pm
  • 15/07/2022
  • Komen
Netflix pilih Microsoft untuk teknologi iklan dalam kandungan
Share on FacebookShare on Twitter

Rancangan Netflix untuk memperkenal iklan bukan khabar angin lagi. Malah, Netflix telah menguji beberapa cara untuk mengenakan bayaran tambahan kepada pengguna yang berkongsi akaun dengan orang lain.

Kini Netflix mengumumkan secara rasmi, bahawa mereka telah memilih Microsoft sebagai rakan pemasaran dan teknologi pengiklanan antarabangsa. Ketua Pegawai Produk dan Ketua Operasi Netflix, Greg Peters mengumumkan perkara ini menerusi kenyataan media di laman rasmi Netflix.



Menurut Greg, Microsoft dipilih kerana telah terbukti berupaya untuk menyokong semua keperluan pengiklanan Netflix, terutama untuk membina pelan baru dengan iklan terbina di dalamnya. Lebih penting lagi, Microsoft menawarkan kelebihan untuk berinovasi dari semasa ke semasa dari segi teknologi dan pemasaran, selain menyediakan perlindungan keselamatan yang tinggi kepada pengguna.

“Walaupun masih awal untuk mengatakannya, masih banyak kerja perlu dilakukan tetapi sasaran jangka panjang Netflix adalah jelas. Iaitu menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna, dan pengalaman pengiklanan premium yang jauh lebih baik dari TV biasa untuk pengiklan,” tambah Greg lagi.



Microsoft pula sangat teruja dengan pilihan ini. Menurut Blog Microsoft, pengiklan boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti penonton Netflix dan kandungan TV premium menerusi Microsoft. Semua iklan di Netflix akan disediakan secara eksklusif oleh Microsoft.

Penganalisa pemasaran tidak terkejut melihat Netflix memilih Microsoft. Ini kerana Microsoft memiliki konflik kepentingan yang kurang berbanding syarikat lain seperti Google, Meta dan Amazon. Microsoft juga tidak terlalu ke hadapan dengan produk strim yang serupa dengan Netflix, terang Ross Benes.

Tahun 2022 dilihat bermula sebagai tahun yang muram buat Netflix. Walaupun mencatat peningkatan dalam perolehan, bilangan pelanggan Netflix menurun buat pertama kalinya. Ini membuatkan Netflix segera merangka perancangan serba baru untuk menanganinya.

Antara langkah yang dirancang Netflix adalah memperkenal pelan lebih murah tetapi dengan siaran iklan. Selain itu, Netflix juga mahu mengenakan caj tambahan untuk pengguna yang berkongsi akaun dan ia telah dilaksanakan di Chile, Costa Rica dan Peru pada bulan Mac lepas.

[Sumber: CNN]

Bacaan Berkaitan

  • Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan
  • Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang
  • Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih
Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Netflix pilih Microsoft untuk teknologi iklan dalam kandungan

Netflix pilih Microsoft untuk teknologi iklan dalam kandungan

15 July 2022
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER