• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia X tambah laluan baharu ke Australia dan New Zealand mulai November

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 18/07/2022
  • Komen
AirAsia X akhirnya umum cara pulangan wang tertunggak penumpang dalam bentuk kredit, baucar perjalanan dan berkongsi keuntungan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia X yang menyediakan perkhidmatan penerbangan jarak sederhana dan jauh, hari ini mengumumkan tiga laluan baharu yang akan mula berkhidmat pada 1 November 2022. Laluan tersebut akan menghubungkan dari Kuala Lumpur, ke Melbourne (Tullamarine) dan Perth di Australia, serta Auckland di New Zealand.

Tiga laluan baharu ini merupakan tambahan kepada laluan yang telah diumumkan AirAsia X sebelum ini, menjadikan jumlah penerbangan AirAsia X kepada 13 laluan. Pada bulan Jun lepas, AirAsia X menyatakan bahawa mereka akan terbang ke tiga lokasi baharu iaitu London, Dubai dan Istanbul tetapi masih belum ada tarikh memulakan penerbangan. AirAsia X kini menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai), dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu, Hawaii.



Jadual penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Perth, Melbourne & Auckland

AirAsia X akan memulakan semula perkhidmatannya ke Melbourne (Tullamarine), Perth dan Auckland (melalui Sydney) dengan tiga penerbangan mingguan mulai November dan akan meningkatkan kekerapan kepada penerbangan harian secara beransur-ansur menjelang suku pertama tahun 2023 untuk memenuhi peningkatan permintaan.

Promosi tambang serendah RM499 termasuk semua

Sempena pembukaan laluan baharu ini, AirAsia X mengumumkan nilai hebat untuk tambang dari Kuala Lumpur ke ketiga-tiga destinasi baharu, menerusi aplikasi AirAsia Super dan laman web airasia. Terbang ke Perth dari serendah RM499 untuk kelas ekonomi atau RM1,999 untuk menikmati Premium Flatbed.



Tambang ekonomi ke Melbourne pula dari serendah RM699 kelas ekonomi dan RM2,999 bagi Premium Flatbed. Tiket ke Auckland pula dari serendah RM1,999 kelas ekonomi dan RM5,999 dengan Premium Flatbed.

Lebih pilihan untuk baucar perjalanan

Pada bulan Mei lepas, AirAsia X telah menukarkan semua kredit penumpang yang tidak digunakan, kepada baucar perjalanan. Baucar ini sah digunakan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

Dengan pengumuman laluan baharu ini, ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada pemilik baucar perjalanan untuk menggunakan baucar mereka ke luar negara. Tetapi baucar ini hanya boleh digunakan untuk penerbangan AirAsia X (D7) sahaja, tidak boleh untuk penerbangan AirAsia yang lain, seperti kod penerbangan AK, Z2, QZ, FD, I5 atau XJ.

Selain itu, baucar perjalanan ini hanya boleh digunakan untuk membayar tambang asas sahaja. Baucar ini tidak boleh digunakan untuk membayar cukai lapangan terbang, surcaj dan bayaran lain pesawat, insuran, serta tambahan seperti daftar masuk bagasi, makanan, kerusi atau lain-lain.

Bagusnya, tiada sekatan tarikh dikenakan untuk membeli tiket penerbangan menggunakan baucar ini. Jadi, ia boleh digunakan sewaktu cuti sekolah, musim perayaan atau mana-mana hujung minggu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai baucar perjalanan AirAsia X, rujuk artikel kami di sini.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia X akhirnya umum cara pulangan wang tertunggak penumpang dalam bentuk kredit, baucar perjalanan dan berkongsi keuntungan
  • AirAsia X mula tukar kredit tidak guna kepada baucar, ini terma dan syarat penggunaan
  • AirAsia Aviation Group selesai bayar 99% hutang penumpang, AirAsia X komited dengan rancangan pembayaran
  • AirAsia X akan terbang ke London, Dubai dan Istanbul, mula jual tiket ke Jepun dan Hawaii dari RM499
Tags: AirAsiaAirAsia X
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia X akhirnya umum cara pulangan wang tertunggak penumpang dalam bentuk kredit, baucar perjalanan dan berkongsi keuntungan

AirAsia X tambah laluan baharu ke Australia dan New Zealand mulai November

18 July 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN