• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia X akan terbang ke London, Dubai dan Istanbul, mula jual tiket ke Jepun dan Hawaii dari RM499

  • OLEH Najib
  • 1:59 pm
  • 15/06/2022
  • Komen
AirAsia X akan terbang ke London, Dubai dan Istanbul, mula jual tiket ke Jepun dan Hawaii dari RM499
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pembukaan sempadan hampir seluruh dunia, AirAsia X hari ini mengumumkan laluan penerbangan baru mereka. Selepas memulakan penerbangan ke Sydney, Seoul dan New Delhi, kini mereka mula menjual tiket penerbangan ke Jepun dan Hawaii.

Tetapi perkara paling penting dalam pengumuman AirAsia X hari ini adalah penerbangan baru ke tiga lokasi tidak lama lagi iaitu London, Dubai dan Istanbul. Ia diumumkan oleh Pengerusi Eksekutif Capital A dan Pengasas AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.



AirAsia X sebelum ini pernah menyediakan penerbangan terus Kuala Lumpur ke London dan Paris, tetapi kemudian membatalkannya pada tahun 2012 kerana tidak membuat keuntungan yang dimahukan. Kini mereka akan kembali membawa penumpang ke London tetapi bukan lagi penerbangan terus. Sebaliknya ia akan mendarat di Dubai dahulu, sebelum pergi ke London.

Penerbangan ke London, Dubai dan Istanbul masih belum disahkan bila akan bermula kerana AirAsia X masih menantikan kebenaran pihak berkaitan. Tetapi mereka menjangkakan akan mula menjual tiket dalam tempoh sebulan.



Tiket dari serendah RM499

Orang ramai kini boleh membeli tiket penerbangan AirAsia X dari serendah RM499 sehala, untuk tempahan dari sekarang sehingga 26 Jun 2022, dan terbang antara 1 Julai 2022 sehingga 26 Mac 2023.

Tiket Premium Flatbed yang menyediakan kerusi lebih luas dan boleh diratakan untuk tidur, ditawarkan dari RM1,499 sehala untuk tempoh promosi dan penerbangan yang sama. Turut dinyatakan, harga ini sudah termasuk semua cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.

Promosi ini adalah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai), dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu, Hawaii.

Jadual Penerbangan AirAsia X

AirAsia X juga akan meningkatkan lagi jumlah penerbangan ke semua destinasi secara berperingkat. Di samping itu, AirAsia X akan terus menambah jumlah pesawat dan berharap untuk mengambil kembali para juruterbang serta kru kabin secara beransur-ansur.

AirAsia X mensasarkan kapasiti penerbangan beberapa laluan utama mereka, akan kembali seperti sebelum PKP dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Dengan laluan baru ini, pengguna AirAsia yang memiliki baucar penerbangan daripada kredit hutang sebelum ini, boleh menggunakannya untuk terbang ke lebih banyak destinasi. Baucar penerbangan yang sah digunakan selama 5 tahun itu, bagaimanapun hanya boleh digunakan untuk membayar tambang sahaja, tidak untuk bayaran lain seperti bagasi, pilihan kerusi atau makanan. Anda boleh merujuk lebih lanjut tentang terma dan syarat baucar penerbangan tersebut di sini.

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia Aviation Group selesai bayar 99% hutang penumpang, AirAsia X komited dengan rancangan pembayaran
  • AirAsia X mula tukar kredit tidak guna kepada baucar, ini terma dan syarat penggunaan
  • AirAsia X akhirnya umum cara pulangan wang tertunggak penumpang dalam bentuk kredit, baucar perjalanan dan berkongsi keuntungan
Tags: AirAsiaAirAsia XCapital A
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
AirAsia X akan terbang ke London, Dubai dan Istanbul, mula jual tiket ke Jepun dan Hawaii dari RM499

AirAsia X akan terbang ke London, Dubai dan Istanbul, mula jual tiket ke Jepun dan Hawaii dari RM499

15 Jun 2022
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Coway STORM II, penulen udara cekap tenaga yang mampu menyegarkan udara persekitaran secara menyeluruh untuk rumah anda

Coway STORM II, penulen udara cekap tenaga yang mampu menyegarkan udara persekitaran secara menyeluruh untuk rumah anda

29 Ogos 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER