• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera 2.0: Ideanya bagus, tapi ada dua perkara yang jengkel

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:30 am
  • 18/07/2022
  • Komen
MySejahtera 2.0: Ideanya bagus, tapi ada dua perkara yang jengkel
Share on FacebookShare on Twitter

MySejahtera kini “berwajah” baharu. Menteri KKM, YB Khairy Jamaluddin pada 16 Julai 2022 lalu telah mengumumkan tentang perkara ini dan anda sudahpun sudah boleh dimuat turun di kedua-dua platform Android dan iOS.

MySejahtera kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau & lihat maklumat kesihatan kita. Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. Kemaskini app anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini. pic.twitter.com/230vpkecLr

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) July 16, 2022

Perkara baru yang disuntik ke dalam versi 2.0 ini selain antara muka (UI) baharu adalah seperti:



  • Paparan rekod saringan kesihatan
  • Paparan rekod imunisasi bayi dan kanak

Lain-lain kemas kini cumalah info yang sedia ada tapi di alih-alihkan ke tempat lain.

MySejahtera adalah satu gagasan yang baik. Ia divisikan untuk jadi pusat sehenti untuk rekod kesihatan kita. Tapi imejnya tercalar dek beberapa isu birokrasi dan politikal seperti yang kami laporkan dulu. Asasnya, ada beberapa pihak berebut-rebut untuk mengendalikan platform ini, dipercayai untuk tujuan keuntungan.



Apa perkara yang jengkel?

Untuk satu perkhidmatan yang diikat kontraknya kepada kerajaan pada nilai lebih RM300 juta untuk 5 tahun, saya rasakan yang ia boleh jadi lebih intuitif. Dalam konteks MySejahtera 2.0 ia perlulah sangat mesra pengguna pada UI.

Perlu diingatkan yang APP ini bakal diguna oleh pelbagai lapisan umur, ada yang celik IT ada yang tidak seberapa.

Contohnya rekaan UI yang pelak adalah, kenapa ada dua butang yang lakukan perkara yang sama iaitu “Done” dan butang arah ke belakang. Hanya untuk letakkan butang Done, hampir 10% ruang UI yang sebahagian besarnya hanya kosong dibazirkan.

Dua butang yang laukan perkara sama?

Perkara kedua yang ingin saya keutarakan adalah salah satu ciri yang sangat berguna, tapi telah ditanam sehabis dalam. CIri yang saya maksudkan adalah Digital Health.

Ciri ini membolehkan saya menempah janji temu untuk ke perkhidmatan kesihatan kerajaan, secara dalam talian, terus di telefon. Adakah “Infectious Diseases Tracker” lebih berguna daripada Digital Health?

Ciri ini sangat berguna tapi dikambus sedalam mungkin, kenapa?

Dalam MySejahtera 2.0, sebanyak 4 klik diperlukan untuk pergi ke Digital Health, sedangkan sebelum ini cuma 2. Pengguna kini perlu menyelam 2 kali lebih dalam berbanding dulu.

Bacaan berkaitan

Kontroversi MySejahtera: Mereka yang rancang, rakyat yang lalai

MySejahtera kini boleh jejak kes aktif HFMD, Demam Denggi, Rabies & Demam Campak, ini cara gunakannya

Tags: COVID-19kkmmysejahtera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MySejahtera 2.0: Ideanya bagus, tapi ada dua perkara yang jengkel

MySejahtera 2.0: Ideanya bagus, tapi ada dua perkara yang jengkel

18 July 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER