• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

MySejahtera kini boleh jejak kes aktif HFMD, Demam Denggi, Rabies & Demam Campak, ini cara gunakannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:45 pm
  • 09/05/2022
  • Komen
MySejahtera kini boleh jejak kes aktif HFMD, Demam Denggi, Rabies & Demam Campak, ini cara gunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, melalui fungsi ‘Hotspot Tracker’ di MySejahtera, pengguna hanya boleh mengetahui jumlah kes aktif positif COVID-19 sahaja dalam kawasan tertentu. Namun kini, ia ditambah baik dengan membolehkan anda mengesan 4 jenis penyakit berjangkit lain iaitu Demam Denggi, Rabies, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta Demam Campak.

Dengan penambahbaikan ini, orang awam bolehlah jalankan aktiviti harian dan rancang perjalanan diluar dengan lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko. Untuk gunakannya, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke tab MySejahtera
  2. Pilih Infectious Disease Tracker
  3. Masukkan lokasi anda atau lokasi yang ingin anda kunjungi di ruang Search
  4. Anda kemudian boleh lihat senarai penyakit berjangkit beserta jumlah kes aktif di bahagian bawah.

Kes yang dilaporkan ini adalah berdasarkan sumber dan potensi penyebaran penyakit berjangkit selepas siasatan terperinci oleh KKM dilakukan. Setiap kes aktif yang dinyatakan adalah dalam lingkungan radius yang berbeza. Bagi COVID-19, kes aktif adalah dalam radius 1000m dari lokasi yang anda cari. Manakala Denggi pula adalah dalam radius 200m, Rabies 1000m, Demam Campak 1000m dan HFMD 5000m.

Bagi saya, ciri ini amat berguna untuk individu memeriksa kes yang ada di sesebuah lokasi sebelum berkunjung ke lokasi tersebut. Semua penyakit berjangkit yang yang disenaraikan ini adalah berbahaya dan boleh datangkan kesan serius kepada individu jika dijangkiti, lebih-lebih lagi penyakit HFMD yang kini banyak menjangkiti kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun.



[Sumber: KKM]

Tags: mysejahtera
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
MySejahtera kini boleh jejak kes aktif HFMD, Demam Denggi, Rabies & Demam Campak, ini cara gunakannya

MySejahtera kini boleh jejak kes aktif HFMD, Demam Denggi, Rabies & Demam Campak, ini cara gunakannya

9 May 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN