• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jenis lagu didengar boleh mempengaruhi jarak pemanduan kenderaan elektrik

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 20/07/2022
  • Komen
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem audio di dalam kenderaan adalah salah satu perkara penting di dalam kenderaan. Ia bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan, malah boleh membantu pemandu mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Tetapi lebih baik anda berhenti rehat jika mula berasa mengantuk.

Tetapi tahukah anda, jenis lagu yang anda dengar di dalam kenderaan memberi kesan kepada cara memandu? Sekaligus, ia juga memberi kesan kepada jarak kenderaan anda boleh bergerak dengan sumber tenaga yang serupa?



Perkara ini diuji oleh Kia United Kingdom, menerusi kenderaan elektrik (EV) terbaru mereka, Kia EV6. Ujian ini dibuat menggunakan pemandu yang tidak pernah memandu EV sebelum ini.

Dalam laluan yang telah ditetapkan, senarai lagu telah disediakan untuk dimainkan menerusi sistem multimedia di dalam kenderaan, memainkan pelbagai jenis lagu dan kategori berbeza. Setiap pemandu juga dilengkapi dengan sejenis gelang pintar, Empatica E4 yang memantau data pengguna seperti denyutan nadi, perubahan suhu kulit dan aktiviti eletroderma.



Ujian ini dipantau oleh Dr Duncan Williams, pensyarah di University of Salford’s School of Science, Engineering and Environment. Dr Williams juga mengasaskan bersama WaveTrace, pakar perunding psikoakustik khusus di dalam pengesanan biometrik tindak balas manusia terhadap rangsangan bunyi dan muzik.

Pelbagai laluan dan keadaan diuji seperti berhenti di lampu trafik, bulatan, jalan perumahan, lebuhraya serta jalan bengkang-bengkok. Lagu dimainkan dalam susunan serupa sepanjang masa iaitu ‘Awake’ oleh Tycho, ‘Hello’ oleh Adele, ‘Blinding Lights’ oleh The Weeknd, ‘Nautilus’ oleh Anna Meredith, ‘Fade’ oleh Kanye West dan Beethoven’s Symphony No. 9.

Kajian ini mendapati, mendengar lagu Beethoven’s Symphony number 9 menjadikan semua pemandu sangat cekap tenaga dan dapat memandu lebih jauh. Lagu Hello oleh Adele yang tenang, turut memberikan jarak pemanduan lebih jauh daripada biasa.

Bagaimanapun, lagu Blinding Lights oleh The Weeknd yang bercorak pantas dengan 171 BPM, membuatkan jarak pemanduan lebih singkat.

Kia EV6 memiliki sistem bunyi Meridian dengan 14 pembesar suara

Secara ringkas, lagu yang tenang dan mendamaikan boleh membuatkan emosi pemandu lebih stabil dan berfikir lebih tajam, sekaligus membuatkan pemandu tidak memandu terburu-buru dan banyak menekan brek. Manakala lagu pantas, selalu membuatkan pemandu menekan pedal lebih dalam dan singkat masa untuk berfikir semasa memandu.

Dalam berita lain, Kia EV6 GT-Line telah dijual di Malaysia dengan harga RM300 ribu. Ia dibekalkan bateri Lithium-ion berkapasiti 77.4 kWh yang mampu memberi jarak perjalanan sehingga 506km.

[Sumber: Autoevolution]

Tags: EVKia EV6
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Jenis lagu didengar boleh mempengaruhi jarak pemanduan kenderaan elektrik

20 July 2022
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER