• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego bawakan set permainan video Atari 2600 bersama 3 permainan klasik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:40 pm
  • 20/07/2022
  • Komen
Lego bawakan set permainan video Atari 2600 bersama 3 permainan klasik
Share on FacebookShare on Twitter

Lego telah kongsikan satu set baru yang dihasilkan berdasarkan konsol permainan klasik, iaitu Atari 2600. Set Lego ini adalah berdasarkan model empat suis yang mula diperkenalkan pada tahun 1980. Di dalamnya anda akan terima konsol, joystick, kartrij permainan, 1 patung kecil (minifigure) serta beberapa ciri tambahan lain.

Versi replika konsol Atari 2600 ini padat dengan butiran tulen yang akan mengingatkan anda kepada versi asal. Tapi ia turut ditambah dengan beberapa perincian Lego. Pada konsol ini, ada 4 suis disediakan termasuklah suis kuasa dan suis untuk anda pilih sama ada mahu melihat televisyen berwarna ataupun yang hitam putih.



Untuk kartrij pula, ia menghimpunkan 3 permainan klasik iaitu Asteroids, Adventure dan Centipede. Anda boleh masukkannya ke dalam konsol sama seperti yang boleh dilakukan pada Atari asal. Dalam masa yang sama, kartrij yang tidak digunakan boleh disimpan di dalam bekasnya.

Selain itu, ada satu ruang tersembunyi di dalam konsol yang menempatkan seorang kanak-kanak bermain permainan Asteroids di dalam bilik kononnya pada tahun 1980-an. Anda boleh lihat ada butiran seperti TV klasik, radio, poster, telefon retro, kasut roda dan kucing di dalam ruang ini. Jika anda kaki game sekitar tahun tersebut, pasti set pop-up ini akan menghidupkan kembali kenangan anda yang telah meluangkan masa berjam-jam untuk mendapatkan markah tinggi ketika bermain game.



Pada bahagian lain, anda boleh bina 3 babak yang diilhamkan dari permainan Asteroids, Adventure dan Centipede. Ia termasuklah babak lipan bersama binaan cendawan, istana dan babak kapal angkasa menembak asteroid.

Model konsol utama Atari 2600 berukuran lebih dari 3 inci (8 cm) tinggi dan 13 inci (33 cm) lebar. Jika anda berminat untuk dapatkannya, set Lego Atari 2600 ini akan dijual pada 1 Ogos dengan harga USD239.99 iaitu sekitar RM1067.72.

[Sumber: Brickset, Lego]

[Sumber gambar: IGN]

Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego bawakan set permainan video Atari 2600 bersama 3 permainan klasik

Lego bawakan set permainan video Atari 2600 bersama 3 permainan klasik

20 July 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN