• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

  • OLEH Najib
  • 4:35 pm
  • 21/07/2022
  • Komen
Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing Phone (1) telah diperkenal di pentas antarabangsa minggu lepas, dan kini ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Telefon pertama keluaran Nothing ini akan berada di pasaran Malaysia mulai 1 Ogos 2022.

Dalam pelancaran ini, Nothing turut mengumumkan akan membuka kedai jalanan atau “Pop-up Store” di Starhill, Bukit Bintang. Kedai ini boleh dikunjungi orang ramai dari 21-25 Julai 2022 dan ia turut menyediakan ruang untuk peminat membuat tempahan awal untuk memiliki telefon pintar Nothing.



Harga dan jualan

Telefon ini datang dalam dua pilihan warna, Putih dan Hitam. Terdapat dua varian Nothing Phone (1) akan terdapat di pasaran Malaysia dengan harga berikut:

  • Nothing Phone (1) (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,399
  • Nothing Phone (1) (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,699

Ia boleh dibeli mulai 1 Ogos 2022, menerusi stor rasmi Nothing di Lazada dan Shopee, serta pengedar Nothing iaitu SenQ, SenHeng, TMT, DirectD dan Satu Gadget.



Tiada promosi seperti hadiah percuma atau diskaun disediakan untuk tempahan awal atau pembeli terawal. Perlu diambil perhatian juga, Nothing Phone (1) tidak memberi kepala pengecas di dalam kotak. Jika perlu pengecas, ia perlu dibeli berasingan.

Spesifikasi Nothing Phone (1)

Tarikan utama Nothing Phone (1) yang dikatakan revolusi di telefon pintar masakini, adalah jalur LED Glyph di belakang. Ia dibentuk daripada 900 LED dan disusun dalam pelbagai bentuk di belakang. Telefon ini turut memiliki bahagian belakang yang lutsinar bagi melihat jalur LED Glyph dengan lebih jelas.

Jalur LED ini boleh ditetapkan untuk bercahaya dalam pelbagai bentuk dan kerlipan. Dengannya, pengguna boleh menetapkan ia bercahaya untuk notis baharu aplikasi berbeza. Malah, panggilan dari kenalan berlainan turut boleh ditetapkan, supaya pengguna tahu panggilan mana perlu dijawab dan yang mana tidak mahu diangkat.

Selain itu, Nothing Phone (1) datang dengan sistem operasi Nothing OS. Ia dikatakan membawa antaramuka yang mudah digunakan serta akan berhubungan lancar pelbagai peranti IoT. Nothing juga menjanjikan kemaskini keselamatan selama 4 tahun setiap 2 bulan, serta kemaskini Android selama 3 tahun untuk Phone (1).

Untuk prestasi, cip Snapdragon 778G+ 5G 6nm digunakan sebagai penggerak utama, bergandingan dengan RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 sebanyak 256GB. Tiada slot mikroSD padanya.

Skrin pula jenis OLED 6.55-inci, memiliki resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran dinamik 120Hz. Ia ada kecerahan 500 nits dan boleh pergi setinggi 1,200nits menerusi HDR10+. Kaca Corning Gorilla Glass 5 menjadi melapisi bahagian atas skrin dan pengimbas capjari ada di dalam skrin. Menariknya, bingkai skrin di Phone (1) sama tebal di semua arah.

Tenaga disalurkan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh, yang menyokong pengecasan pantas 33W PD 3.0 menerusi USB-C. Kepala pengecas tidak diberikan, perlu dibeli berasingan tetapi kabel USB-C ada disediakan. Pengecasan wayarles turut disokong menerusi teknologi Qi sehingga 15W.

Terdapat dua kamera di belakang, dengan kamera utama 50MP F1.88 Sony IMX766 serta kamera ultra lebar 50MP F2.2 Samsung JN1. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Nothing Phone (1) tiada jek audip 3.5mm tetapi ia memiliki speaker stereo. Ia juga kalis percikan air IP53.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nothing Phone (1).

Tags: NothingNothing Phone 1
Najib

Najib

POPULAR

Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

21 July 2022
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN