• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ShopBack PayLater, perkhidmatan bayar kemudian secara ansuran 0% faedah dilancar dan logo baru ShopBack diperkenal

  • OLEH Najib
  • 3:47 pm
  • 21/07/2022
  • Komen
ShopBack PayLater, perkhidmatan bayar kemudian secara ansuran 0% faedah dilancar dan logo baru ShopBack diperkenal
Share on FacebookShare on Twitter

ShopBack adalah satu platform ganjaran yang terkenal dengan perkhidmatan pemulangan tunai (Cashback) setiap kali membeli-belah atas talian. Hari ini ShopBack mengumumkan perkhidmatan baru ShopBack PayLater, sejenis perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) untuk pengguna di Malaysia.

Di samping itu, ShopBack turut memperkenal penjenamaan semula identiti mereka menerusi logo serba baharu. Ia turut tiba bersama slogan baharu “For The Wins”, semangat baru untuk menandakan kemenangan kecil setiap kali membeli-belah menerusi pengalaman beli-belah baharu di ShopBack.



Bayar semula secara ansuran tanpa faedah

Menerusi perkhidmatan baru ShopBack PayLater, pengguna berpeluang untuk membuat pembelian sekarang dan membayarnya secara ansuran bulanan dan 0% faedah. BNPL merupakan cara beli-belah baharu yang semakin meningkat popular di Malaysia.

ShopBack membawakan perkhidmatan baharu ini dengan kerjasama platform Hoolah. Ia membolehkan pengguna ShopBack menerima kelulusan pendaftaran segera, seterusnya menikmati bayaran 3 kali secara ansuran bulanan tanpa faedah, apabila membayar di lebih 2,000 kedai atas talian dan kedai terpilih yang disokong ShopBack.



Pengguna ShopBack boleh memantau bukan sahaja perbelanjaan, tetapi jumlah bayaran dan bil lain di dalam aplikasi. Lebih menarik lagi, pengguna akan mendapat Cashback apabila menggunakan Shopback ketika membeli-belah. Cashback ini boleh digunakan untuk pembelian di masa akan datang.

Menurut Shopback, antara jenama terkenal yang menyediakan perkhidmatan ShopBack Paylater adalah seperti Love Bonito, ZALORA, JD Sports, Malaysia Airlines, Royal Sporting House, Jakel Malaysia dan banyak lagi.

Encik Jason Wong, Pengurus Besar ShopBack PayLater, ShopBack Malaysia berkata, “Di Shopback, kami percaya kemenangan yang hebat bermula dengan pencapaian yang kecil, di mana kemenangan itu akan dapat memberikan impak yang terbaik buat semua. Kami mahu pengguna menikmati pelbagai kemudahan dan mengecapi kemenangan di setiap pembelian melalui ShopBack. Kami menjanjikan pengalaman membeli belah yang bermakna melalui pemberian ganjaran, penjimatan dan akses kewangan yang pintar dan kukuh. Kami akan pastikan para pengguna sentiasa menggunakan Shopback setiap kali mereka mahu melakukan transaksi membeli belah tidak kira di kedai-kedai atas talian mahupun di kedai fizikal.”

Tawaran eksklusif ShopBack Paylater

Sempena pelancaran ShopBack Paylater serta penjenamaan semula syarikat, ShopBack menawarkan diskaun istimewa kepada semua pengguna baharu bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna baharu akan menikmati 25% diskaun dengan had RM25 disetiap pembayaran pertama melalui ShopBack PayLater. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan dan tertakluk pada terma dan syarat.

Tambahan pula, pembeli boleh memenangi banyak hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000. Antaranya ialah TV Prism+ 65inci, beg bagasi TUMI Latitude, jam tangan FitBit Sense, baucer beli belah, barangan cenderahati ShopBack serta banyak lagi hadiah yang lumayan.

Semua hadiah ini boleh dimenangi apabila membuat transaksi menggunakan ShopBack PayLater di kedai-kedai terpilih pada tarikh seperti jadual dibawah:

  • JD Sports, 1 Utama Shopping Center: 23-24 Julai 2022 (Sabtu-Ahad)
  • Mimpikita, Jalan Ara, Bangsar: 28-29 Julai 2022 (Khamis-Jumaat)
  • Love Bonito, MidValley Megamall: 30-31 Julai 2022 (Sabtu-Ahad)
  • Royal Sporting House, Pavilion Kuala Lumpur: 5-7 Ogos 2022 (Jumaat-Ahad)
  • Pomelo, 1 Utama Shopping Center: 13-14 Ogos 2022 (Sabtu-Ahad)
  • Al-Ikhsan, IOI City Mall, Putrajaya: 20-21 Ogos 2022 (Sabtu-Ahad)
  • JD Sports, Pavilion Kuala Lumpur: 27-28 Ogos 2022 (Sabtu-Ahad)

Jika anda belum memiliki ShopBack, daftar sekarang dengan memuat turun aplikasi untuk peranti Android dan iOS di sini.

Tags: BNPLShopBackShopBack Paylater
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
ShopBack PayLater, perkhidmatan bayar kemudian secara ansuran 0% faedah dilancar dan logo baru ShopBack diperkenal

ShopBack PayLater, perkhidmatan bayar kemudian secara ansuran 0% faedah dilancar dan logo baru ShopBack diperkenal

21 July 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER