• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak tambah kemahiran dengan Google? Sertai program Gemilang, ada biasiswa & peluang kerjaya dalam ekonomi digital

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:15 pm
  • 22/07/2022
  • Komen
Nak tambah kemahiran dengan Google? Sertai program Gemilang, ada biasiswa & peluang kerjaya dalam ekonomi digital
Share on FacebookShare on Twitter

Anda nak kerja, tapi tiada sijil dan kemahiran? Google telah lancarkan program latihan digital terbaharunya iaitu Gemilang. Ia menawarkan latihan profesional yang direka oleh Google untuk semua rakyat Malaysia dan anda boleh dapatkan Sijil Kerjaya Google melaluinya.

Program latihan dalam talian ini disediakan melalui platform Coursera. Ada 6 kemahiran teknologi yang disediakan di sini, iaitu analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX serta pemasaran digital dan e-dagang. Setiap sijil dicipta oleh pakar-pakar Google dan ia direka untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran asas melalui pembelajaran ‘hands-on’.



Bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu memanfaatkan Sijil Kerjaya Google, mereka akan menawarkan biasiswa kepada 31,000 pelajar untuk memperoleh sijil tanpa kos. Maka dengan biasiswa ini, bolehlah anda dapatkan kemahiran baru tanpa perlu keluarkan wang.

Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia berkata, melalui Gemilang, ramai rakyat Malaysia akan dapat akses peluang latihan, mempelajari kemahiran baharu, mencari pekerjaan dan membina kerjaya mereka dalam ekonomi digital.



Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia

Majikan akan dihubungkan dengan peserta Gemilang

Di samping itu, Google telah membentuk sebuah konsortium majikan untuk menghubungkan para pencari kerja dari program Gemilang dengan bakal majikan yang mengiktiraf kelayakan tersebut. Ahli semasa konsortium ini selain Google ialah Amanz, Carsome, Fave Asia, IPG Mediabrands, Jirnexu, Maybank, McDonald’s Malaysia, Omnicom Media Group (OMG), PETRONAS, Rev Media Group, The Star Media Group, The Lorry, Storehub dan Astro AWANI.

Jika anda berminat untuk menambah kemahiran melalui program Gemilang dan dapatkan pekerjaan berkaitannya, anda boleh kunjungi laman web ini dan pilih bidang yang anda mahukan, seterusnya lakukan pendaftaran. Apabila anda ada pelbagai kemahiran, sudah tentu banyak pekerjaan yang menanti anda.

Tags: GemilangGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak tambah kemahiran dengan Google? Sertai program Gemilang, ada biasiswa & peluang kerjaya dalam ekonomi digital

Nak tambah kemahiran dengan Google? Sertai program Gemilang, ada biasiswa & peluang kerjaya dalam ekonomi digital

22 July 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN