• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung tambah warna Bora Purple untuk Galaxy S22 dan beberapa Galaxy yang akan datang

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 27/07/2022
  • Komen
Samsung tambah warna Bora Purple untuk Galaxy S22 dan beberapa Galaxy yang akan datang
Share on FacebookShare on Twitter

Jika ada satu warna yang boleh dikaitkan dengan telefon flagship Samsung, ia adalah warna ungu. Ini kerana ia telah terdapat sejak sekian lama, tetapi dengan warna yang berbeza-beza.

Dari Galaxy S8 dengan Orchid Gray, Lilac Purple di Galaxy S9, warna Violet bagi siri Galaxy S21 dan Galaxy S22, sehinggalah pilihan warna Lavender yang disediakan untuk Galaxy Z Flip 3. Ia ibarat warna rasmi untuk peranti Samsung Galaxy.



Beberapa warna ungu di peranti Samsung Galaxy

Kini, Samsung mengumumkan ketibaan warna baru untuk peranti flagship mereka, digelar sebagai Bora Purple. Bora bermaksud ungu di dalam bahasa Korea. Bermakna, ini adalah warna ungu ungu. Terpaling ungu.

Bagaimanapun, warna baru Bora Purple ini hanya terdapat untuk Galaxy S22 yang terkecil sahaja. Tiada untuk Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Ia juga akan mula dijual di pasaran terpilih, pada 10 Ogos 2022. Buat masa ini, masih tiada pengumuman daripada Samsung Malaysia. Tetapi kami menjangkakan ia akan terdapat di pasaran sini kelak.



Bora Purple menampilkan warna pastel yang lembut di mata dan semulajadi. Ia memberikan rasa tenang dan optimistik buat penggunanya. Ini ditambah lagi dengan pilihan duta Samsung iaitu BTS, yang cukup popular juga dengan warna ungu.

Selain itu, Samsung akan mengadakan pelancaran peranti boleh lipat baru pada 10 Ogos. Di dalam video pendek yang dikongsikan, dapat dilihat ia adalah Galaxy Z Flip 4 di dalam warna ungu. Perkara ini telah disahkan Samsung di mana peranti yang akan dilancarkan kelak, bakal datang dengan pilihan warna Bora Purple. Samsung juga akan mewarnakan beberapa bandar dengan warna ungu, sempena majlis pelancaran Galaxy Unpacked yang akan datang.

Memperkenalkan satu warna baru untuk peranti setelah lama dilancarkan, kini dilihat sudah menjadi cara baru untuk pengeluar. Apple juga melakukan perkara sama apabila melancarkan warna hijau bagi iPhone 13 awal tahun ini. Ini adalah cara untuk menarik semula minat pembeli, memandangkan pelancaran peranti flagship hanya dibuat sekali setahun.

[Sumber: Samsung]

Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Samsung tambah warna Bora Purple untuk Galaxy S22 dan beberapa Galaxy yang akan datang

Samsung tambah warna Bora Purple untuk Galaxy S22 dan beberapa Galaxy yang akan datang

27 July 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER