• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HP Envy 16 dan HP Spectre X360 dengan Intel Gen-12, harga bermula RM6,999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:17 pm
  • 28/07/2022
  • Komen
HP Envy 16 dan HP Spectre X360 dengan Intel Gen-12, harga bermula RM6,999
Share on FacebookShare on Twitter

HP hari ini telah melancarkan dua laptop baharu. Satu daripadanya adalah dalam siri HP Envy 16 dan satu lagi dalam siri HP Spectre X360. Kedua-dua laptop ini hadir dengan spesifikasi lebih segar terutamanya pada CPU Intel generasi ke-12.

HP Envy 16

HP Envy 16 adalah laptop konvensional dengan panel paparan 16″. Ia adalah panel IPS dalam resolusi 2560 x 1600. Atas papan utama, laptop ini dilengkapi dua pilihan CPU. Pengguna dihidangkan dengan Intel Core i5-12500H ataupun i7-12700H.



Bersama-sama dengan CPU itu, pengguna juga boleh memanfaatkan teknologi grafik terbaharu Intel menerusi Intel Arc A370M ataupun sekiranya pengguna perlukan kad grafik luaran, pilihan Nvidia RTX3060 ada.

Kesemua varian yang dibawa masuk HP Malaysia untuk siri ini didatangkan dengan storan 1TB daripada jenis NVMe bersama-sama dengan RAM 16GB DDR5.



Buat segala macam aksesori USB anda, HP menyediakan 2 port USB-C yang setiap satunya menyokong Thunderbolt 4. Kemudian, ia juga beroleh 2 USB-A, 1 HDMI 2.1, slot mikro-SD, dan jek audio 3.5mm. Sewaktu bersidang media, kamera depan HP True Vision yang bertugas adalah yang ada sensor 5MP dan berteknologi inframerah.

Membekalkan tenaga kepada segala komponen elektronik HP Envy 16 adalah bateri berkapasiti 83Wh yang dicas pada kadar 150W menggunakan aksesori yang dibekalkan. HP Envy 16 mempunyai jisim bermula 2.32kg.

Berikut adalah harga HP Envy 16 dalam pasaran Malaysia:

  • HP Envy 16 (Intel Core i5-12500H, Intel Arc A370M, RAM 16GB) – RM6,999
  • HP Envy 16 (Intel Core i7-12700H, Intel Arc A370M, RAM 16GB) – RM7,549
  • HP Envy 16 (Intel Core i7-12700H, NVIDIA RTX 3060, RAM 16GB) – RM8,459

Bila anda beli mana-mana varian laptop ini, anda akan menerima sebuah monitor HP M22f, langganan Office 2021, langganan antivirus Kaspersky, earfon, dan tetikus secara percuma.

Anda boleh layari laman rasmi HP Envy 16 untuk maklumat lanjut.

HP Spectre X360 2-in-1

HP Spectre X360 adalah laptop 2-dalam-1 dengan rekaan unik. Di bahagian muka, varian paling berspesifikasi tinggi ada panel paparan OLED 3000 x 2000 sebesar 13.5”. Alternatif lain yang pengguna ada adalah versi yang ada panel paparan IPS LCD beresolusi FHD, tapi ia dilengkapi ciri HP Sure View Reflect untuk tujuan kerahsiaan.

Keunikan HP Spectre X360 terletak pada susunan port I/O miliknya. Dua daripada port terletak di bahagian bucu laptop iaitu port USB-C dan port jek audio 3.5mm. Dua lagi port yang terletak di bahagian sisi adalah 1 USB-C, 1 USB-A, dan 1 pembaca mikro-SD.

Atas papan utama, HP Malaysia membawa masuk varian yang diperkasa Intel Core i7-1255U. Untuk makluman, terdapat juga varian yang dikuasakan Core i5-1235U untuk pasaran luar sana. CPU ini bergandingan bersama RAM 16GB daripada jenis LPDDR4x dan storan NVMe sebesar 1TB.

Satu sistem bateri dengan tangka kuasa sebesar 66Wh berfungsi untuk menyalakan laptop ini dan ia diisi menggunakan pengecas USB-C yang mengalirkan tenaga pada kadar 65W.

Berikut adalah harga jualan HP Spectre X360 2-in-1 di Malaysia:

  • HP Spectre X360 2-in-1 IPS LCD – RM7,199
  • HP Spectre X360 2-in-1 OLED – RM7,599

Bila anda beli mana-mana varian laptop ini, anda akan menerima sebuah monitor HP M22f, langganan Office 2021, langganan antivirus Kaspersky, earfon, dan tetikus secara percuma.

Anda boleh layari laman rasmi HP Spectre X360 2-in-1 untuk maklumat lanjut.

Tags: hphp envy 16HP Malaysiahp spectre x360laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

HP Envy 16 dan HP Spectre X360 dengan Intel Gen-12, harga bermula RM6,999

HP Envy 16 dan HP Spectre X360 dengan Intel Gen-12, harga bermula RM6,999

28 July 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER