• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia dan Skyports bekerjasama bangun infrastruktur teksi udara di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:59 am
  • 29/07/2022
  • Komen
AirAsia dan Skyports bekerjasama bangun infrastruktur teksi udara di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Skyports Infrastructure, pemaju infrastruktur Mobiliti Udara Termaju (Advanced Air Mobility, AMM) terkemuka, dan pasukan AirAsia AMM, unit khas di bawah AirAsia Aviation Group Limited (cabang penerbangan Capital A), mengumumkan kerjasama bagi meneroka pembangunan infrastruktur untuk perkhidmatan teksi udara di Malaysia. Ia bermula dengan menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) antara kedua-duanya.

Kerjasama ini adalah langkah penting untuk mewujudkan rangkaian platform vertiport yang beroperasi di negara ini. Dengan platform vertiport tersedia digunakan, ia akan menjadi batu loncatan bagi memulakan perkhidmatan teksi udara.



AirAsia awal tahun ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tanpa ikatan dengan Avolon, syarikat pemajakan pesawat antarabangsa. Dalam perjanjian ini, AirAsia akan memajak sekurang-kurangnya 100 buah pesawat eVTOL VX4 daripada Avolon. Avolon dan AirAsia akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk AAM.

Di rantau Asia Pasifik, Skyports sedang dalam usaha membangunkan infrastruktur AAM di Singapura dan Jepun. Sebagai perintis AAM di peringkat global, Skyports juga mempunyai portfolio yang pelbagai di seluruh bandar-bandar utama, termasuk Paris, London dan Los Angeles.



Kerjasama dengan AirAsia ini akan menyaksikan Skyports memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan kawal selia merentas pasaran, melalui kerjasama dengan badan kawal selia tempatan dan organisasi berkaitan. Penilaian awal akan mengutamakan Kuala Lumpur. Skyports akan menumpukan pada kajian penyepaduan infrastruktur platform vertiport untuk perkhidmatan teksi udara, pengenalpastian tapak platform vertiport yang berpotensi, dan pembangunan keperluan dan rangka kerja operasi untuk melaksanakan rangkaian platform vertiport di Malaysia.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Aviation Group Limited dan Ketua Mobiliti Udara Termaju, Kapten Ling Liong Tien berkata, “Susulan pengumuman usaha kami untuk membangunkan perkhidmatan teksi udara di kawasan bandar pada awal tahun ini, kami telah berusaha untuk meneroka kemungkinan perkhidmatannya di Malaysia. Kerjasama dengan Skyports ini akan mempercepatkan kajian infrastruktur yang diperlukan termasuk platform pelepasan dan pendaratan vertikal di negara ini serta mengukuhkan potensi kami sebagai penyedia perkhidmatan perjalanan udara jarak dekat tanpa pelepasan di Asia Tenggara.

“AirAsia telah merevolusikan perjalanan udara komersial selama dua dekad yang lalu dan kami percaya bekerjasama dengan Skyports ini akan memacu kami ke hadapan untuk membentuk masa depan penerbangan autonomi di rantau ini.”

Encik Yun-Yuan Tay, Ketua Asia Pasifik Skyports berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan AirAsia, pengendali syarikat penerbangan yang membawa sinergi hebat kepada Skyports. Kerjasama ini menyerlahkan kemajuan pembangunan AAM di Malaysia dan rantau Asia Pasifik dengan lebih luas. Rakan kongsi yang inovatif dan berdaya maju seperti AirAsia membawa kami melangkah setapak ke hadapan untuk merealisasikan rangkaian perkhidmatan teksi udara yang selamat, cekap dan bersepadu sepenuhnya kepada rakyat dan komuniti.”

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaSkyports
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia dan Skyports bekerjasama bangun infrastruktur teksi udara di Malaysia

AirAsia dan Skyports bekerjasama bangun infrastruktur teksi udara di Malaysia

29 July 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN