• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Youtube sediakan cara mudah hasilkan Shorts dari video yang sudah dimuat naik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:26 pm
  • 29/07/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Ada pencipta kandungan YouTube yang sering memenuhi Shorts dengan mengambil sedikit sedutan dari video panjang, yang sudah dimuat naik di salurannya. Tapi, video asal yang panjang itu perlu dipotong dan ditukarkan format kepada bentuk menegak dalam sesebuah aplikasi, sebelum dieksport dan di muat naik semula. Rumit kan? Di YouTube SoyaCincau BM juga, kami ada mengambil petikan video dari segmen SBM, kemudian kongsikannya semula sebagai Shorts.

Bagi memudahkan perkara ini, Youtube kini menambah alat yang dinamakan sebagai Edit into a Short di aplikasinya. Dari situ, pencipta kandungan boleh pilih sehingga 60 saat daripada salah satu video mereka dan bawa klip itu ke dalam editor Shorts. Dalam ciri ini anda boleh tambahkan perkara seperti teks, filter dan video tambahan yang dirakam dengan kamera Shorts atau ditarik daripada galeri.



Di samping itu, YouTube juga mengatakan bahawa Shorts yang telah siap disunting akan dipautkan kepada video asal. Ini secara tidak langsung boleh bantu pencipta kandungan menambah jumlah penonton kepada video panjang mereka. Dengan pautan itu juga, penonton akan mudah menonton video asal tanpa perlu pergi ke saluran tersebut dan cari video satu per satu.

Akses kepada ciri ini sedang dilancarkan untuk semua pengguna. Apabila semua ada ciri ini nanti, senanglah anda penuhi kandungan Shorts dan tarik ramai lagi penonton kunjungi saluran anda. Bukan itu sahaja, anda boleh juga gunakan video Shorts itu untuk menambah kandungan di Tiktok dan Reels. Tak perlu lagi sunting banyak video.



[Sumber: TheVerge]

Tags: YouTubeYouTube Shorts
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Youtube sediakan cara mudah hasilkan Shorts dari video yang sudah dimuat naik

29 July 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN