• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Zenfone 9, telefon kompak dengan specs gempak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:55 am
  • 29/07/2022
  • Komen
Zenfone 9, telefon kompak dengan specs gempak
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan, Asus dengan jayanya memperkenalkan Zenfone 9 kepada khalayak ramai. Namun, mereka memecahkan tradisi apabila hanya mengumumkan satu telefon sahaja berbanding siri telefon seperti norma-norma sebelum ini. Zenfone 9 diposisikan Asus sebagai solusi kepada pengguna yang mahukan telefon kompak berspesifikasi flagship.

Spesifikasi Zenfone 9

Bermula di bahagian muka, telefon ini menggayakan paparan AMOLED sebesar 5.9” yang jadikannya antara Android terkecil dalam pasaran untuk tahun ini sedang pengeluar lain menghampiri wilayah 7” untuk saiz skrin. Panel tersebut memiliki resolusi FHD+ dengan kecerahan maksimum 1,100 nits dan kadar segar semula sehingga 120Hz.



Saya kurang gemar ciri bingkai yang tak tekal tebalnya di semua sisi. Namun, ruang besar itu tidak dibazirkan Asus kerana mereka menempatkan speaker stereo untuk penalaman audio yang asyik. Lagi tentang audio, ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm seperti sebelumnya dan kali ini ia kalis air pada paras IP68.

Satu ciri unik Zenfone 9 ini adalah butang kuasanya yang bukan saja bertindak sebagai pengimbas cap jari, ia juga bertindak sebagai butang scroll fizikal. Contohnya bila anda layari laman web yang memanjang ke bawah, anda tak perlu leretkan jari di atas skrin untuk naikkan kandungan, sebaliknya gunakan jari untuk kawal paparan.



Atas papan utama, telefon ini berfungsi berteraskan Snapdragon 8+ Gen 1 dengan tiga konfigurasi RAM dan storan iaitu 8/128GB, 8/256GB, dan 16/256GB.

Bergerak ke jabatan pengimejan, Zenfone 9 menggunakan konfigurasi dwikamera belakang dan ekakamera depan. Untuk kamera belakang, ia ada kamera 50MP untuk yang utama manakala kamera ultralebar mengugnakan sensor 12MP. Asus mengatakan yang kamera utama telefon ini ada sistem seperti gimbal dan ia menyokong penstabilan imej 6 paksi secara mekanikal. Ditambah pula dengan sistem penstabil imej elektronik, saya ingin sangat lihat hasil video daripada telefon ini.

Selfie diambil menggunakan kamera 12MP yang terletak di bucu kiri.

Asus memberikan sistem tangki bateri 4,300mAh pada Zenfone 6. Di dalam kotak, ia dibekalkan sekali dengan pengecas HyperCharge 30W yang menyokong piawaian PD3.0.

Bersama-sama dengan telefon, Asus turut mengumumkan beberapa aksesori tambahan yang boleh dipadankan dengan telefon ini. Contohnya, Smart Backpack Mount adalah klip telefon yang boleh ditambat pada tali beg galas. Klip ini ada tali swagulung untuk mudahkan anda merakam kandungan dalam keadaan selamat daripada telefon jatuh.

Harga keseluruhan varian masih belum diumumkan Asus tapi telefon ini dijual dalam pasaran Eropah pada harga bermula EUR799 (RM3,626). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidasusasus zenfone 9telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Zenfone 9, telefon kompak dengan specs gempak

Zenfone 9, telefon kompak dengan specs gempak

29 July 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER