• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko T50 & Wiko T10: Maklumat penjualan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:18 pm
  • 02/08/2022
  • Komen
Wiko T50 & Wiko T10: Maklumat penjualan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko, jenama yang sinonim dengan Perancis hari ini melancarkan dua produk baru mereka ke Malaysia. Ia juga menandakan kembalinya Wiko ke pasaran Malaysia, menawarkan peranti dengan harga mampu milik.

Dua telefon pintar baru yang dilancarkan ini adalah Wiko T50 dan Wiko T10. Wiko menekankan bahawa peranti baru ini menampilkan rekaan ala Perancis, dengan pilihan warna yang menawan pandangan.



Harga dan promosi jualan

Orang ramai boleh mula mendapatkan Wiko T50 pada 5 Ogos 2022 di dalam dan luar talian. Manakala Wiko T10 akan dijual atas talian mulai 8 Ogos dan di luar talian pada 12 Ogos 2022. Saluran atas talian terdapat di Stor Rasmi Wiko di Shopee, manakala luar talian adalah seperti Mobile 2 Go, Seven Mobile dan Satu Gadget. Wiko juga mengumumkan bahawa Genesix Millennium Falcon, sebagai rakan pusat khidmat selepas jualan mereka. Ia terdapat 10 lokasi di seluruh negara.

Pengedar sah Wiko di Malaysia
Rakan pusat khidmat selepas jualan Wiko

Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Wiko T50 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899
  • Wiko T10 (RAM 2GB + Storan 64GB) – RM429

Sempena ketibaan peranti baru ini, Wiko menyediakan tawaran istimewa untuk pembeli terawal. Untuk Wiko T50, hadiah percuma berupa fon telinga Extra Bass diberikan, sementara stok masih ada.

Bagi Wiko T10 pula, diskaun sebanyak RM60 diberikan pada hari pertama jualan di Stor Rasmi Wiko di Shopee, iaitu 8 Ogos 2022. Ini adalah satu tawaran yang sangat menarik bagi mereka yang mahukan telefon Android termurah.

Promosu Wiko T50 & Wiko T10

Spesifikasi Wiko T50

Telefon kelas pertengahan ini menggunakan cip Mediatek Helio G85, bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Tiada pula slot kad mikroSD padanya.

Skrinnya jenis LCD, berukuran 6.6-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz. Pengimbas capjari ada di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Bateri pula agak kecil, hanya 4,000mAh tetapi menyokong pengecasan pantas 40W menerusi USB-C. Boleh mengecas dari 50% dalam masa 20 minit.

Wiko T50 dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 16MP, dimuatkan di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Ada dua warna boleh dipilih untuk Wiko T50 iaitu Hitam dan Hijau.

Spesifikasi Wiko T10

Harga di bawah RM500 menunjukkan Wiko T10 adalah peranti kelas permulaan. Ia memiliki kuasa cip Mediatek Helio A22, RAM 2GB dan storan besar 64GB. Kad mikroSD diterima di dalam slot hibrid, sehingga 512GB.

Skrinnya jenis LCD berukuran 6.5-inci, dengan resolusi HD 720p. Bateri pula sebesar 5,000mAh dan menariknya, ia mengecas melalui port USB-C tetapi dengan kuasa sehingga 10W sahaja. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Kamera hanya ada dua di Wiko T10. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 13MP. Manakala di hadapan, ia menggunakan kamera utama 5MP yang terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Wiko juga menyediakan dua warna bagi Wiko T10 iaitu Hijau dan Hitam.

Tags: WikoWiko T10wiko t20
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Wiko T50 & Wiko T10: Maklumat penjualan di Malaysia

Wiko T50 & Wiko T10: Maklumat penjualan di Malaysia

2 August 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER