• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EPL belum mula, tapi Liverpool sudah bolot carta popular Google Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:16 pm
  • 03/08/2022
  • Komen
EPL belum mula, tapi Liverpool sudah bolot carta popular Google Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah kongsikan carian popular bagi bulan Julai 2022. Melalui senarai ini, dapat dilihat sukan bola sepak mendapat perhatian yang tinggi dan ini terbukti melalui 4 carian yang tersenarai mengenainya. Lagi menarik, 3 carian dari jumlah itu adalah berkaitan dengan pasukan Liverpool. Pasukan ini telah menang dalam 2 perlawanan yang tersenarai.

Di samping itu, ada juga disenaraikan carian berkaitan dengan sukan kriket, kuiz Mental Age Test, drama antarabangsa, Hari Raya Aidiladha dan ustaz Fathi Naim.



1. Mental Age Test

Mental Age Test merupakan sebuah kuiz yang mengetengahkan soalan-soalan berkaitan pemikiran dan aktiviti yang disukai seseorang. Kemudian, ia akan paparkan keputusan mengenai usia mental anda. Kuiz ini menjadi trend di Tiktok pada bulan lalu, malah di Instagram juga saya ada jumpa ramai pengguna kongsikan keputusan usia mental mereka di Stories.

2. Liverpool vs Crystal Palace

Liverpool menang menentang Crystal Palace dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Singapura. Gol tersebut dijaring oleh Jordan Henderson dan Mohamed Salah.



3. Takbir Raya Haji / Niat Puasa Arafah

Tarikh Hari Raya Aidiladha yang diumumkan di Malaysia ialah 10 Julai 2022. Menjelang perayaan ini, umat Islam mencari pelbagai amalan untuk dilakukan seperti takbir dan puasa sebagai persiapan menyambutnya.

4. Manchester United vs Liverpool

Pada bulan lalu juga, Liverpool telah bermain untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang Manchester United. Ia berlangsung di Stadium Rajamangala di Thailand, di mana Red Devils menjaringkan 4 gol kemenangan. Dua pasukan ini ada bertembung dalam Piala FA pada bulan April lalu, tapi ia membawa kepada keputusan seri 2-2. Jadi, keputusan perlawanan ini tentunya membanggakan pasukan Manchester United.

5. Fathi Naim

Berikutan penahanan seorang ustaz akibat melakukan hubungan dengan gadis di bawah umur, timbul pula spekulasi bahawa penyanyi nasyid Ustaz Fathi Naim yang melakukan perbuatan itu. Oleh kerana ramai yang ingin tahu mengenai latar belakang ustaz ini, maka sebab itulah namanya dicari ramai.

6. RB Leipzig vs Liverpool

Dalam satu lagi perlawanan persahabatan yang melibatkan Liverpool, pasukan ini berjaya menewaskan kelab Jerman iaitu RB Leipzig, dengan jaringan 5-0. Daripada skor tersebut, 4 jaringan dilakukan oleh penyerang Darwin Nunez, manakala bakinya merupakan jaringan dari Mohamed Salah.

7. Extraordinary Attorney Woo

Drama Korea Netflix terbaru ini dibintangi oleh watak utama Park Eun-bin yang merupakan seorang peguam muda dengan sindrom Asperger. Walaupun mempunyai IQ tinggi, ingatan terperinci dan proses pemikiran yang unik, tapi dia ada masalah dengan kemahiran sosial. Berdasarkan reviu penonton di Google, kebanyakan mereka sukakan drama ini kerana jalan ceritanya berkaitan dengan realiti kehidupan sebenar.

Sumber

8. Arsenal vs Everton

Arsenal dan Everton bertembung dalam perlawanan persahabatan di Stadium M&T Baltimore, Amerika Syarikat. Dalam perlawanan ini The Gunners telah menang 2-0 dengan jaringan gol yang dilakukan oleh Gabriel Jesus dan Bukayo Saka.

9. Splendid Stars

Splendid Stars yang juga dikenali sebagai Love Like The Galaxy, merupakan drama China baru yang mengisahkan tentang percintaan dua pasangan kekasih iaitu Ling Bu Yi dan Cheng Shao Shang. Berdasarkan trailer, saya nampak drama ini menarik sebab ada banyak adegan perang, disamping babak percintaan. Anda boleh tontonnya melalui WeTV dan iQIYI.

10. India vs England

Dalam perlawanan kriket yang berlangsung di Birmingham ini, England berjaya menewaskan India dengan 7 wiket. Menerusi perlawanan ini juga, Jonny Bairstow dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan dan Joe Root sebagai pemain terbaik siri.

Tags: Carian GoogleGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
EPL belum mula, tapi Liverpool sudah bolot carta popular Google Malaysia

EPL belum mula, tapi Liverpool sudah bolot carta popular Google Malaysia

3 August 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER