• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia

  • OLEH Najib
  • 11:41 pm
  • 03/08/2022
  • Komen
OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sekian lama mengadakan acara pelancaran secara maya, hari ini OnePlus kembali mengadakan acara fizikal yang dihadiri ramai. Dalam majlis ini, OnePlus telah melancarkan peranti yang dikatakan sangat bagus untuk bermain game. Ia dinamakan, OnePlus 10T.

Biasanya, OnePlus yang ditambah ‘T’ di belakang ni adalah telefon pintar kelas flagship, tapi tak sehebat siri utamanya. Secara ringkas, OnePlus 10T ada prestasi tinggi seperti OnePlus 10 Pro, tetapi ia tiada banyak ciri premium seperti kalis air, pengecas wayarles, dan kamera Hasselblad. Betul, tiada Hasselbald pada OnePlus 10T.



Prestasi tertinggi

Kuasa terbaik masa kini digunakan pada OnePlus 10T, menerusi cip Snapdragon 8+ Gen 1 dipasang ke dalamnya. Ia digandingkan dengan RAM LPDDR5 antara terbesar di pasaran, sehingga 16GB bersama storan UFS 3.1 seluas mencecah 512GB. Prestasi ini diperkukuh dengan bantuan sistem penyejukan yang terbesar dan tercanggih pernah ada di peranti OnePlus.

Dengan prestasi tinggi serta RAM yang sangat besar, OnePlus 10T diyakini dapat mengekalkan 35 aplikasi aktif di latar belakang. Ini memastikan kelancaran berbilang aplikasi dan bertukar-tukar aplikasi dengan pantas, membolehkan aktiviti diteruskan tanpa lengah.



Pengecasan terpantas di dunia

OnePlus 10T boleh berbangga di majlis pelancaran ini kerana ia diumumkan menyokong pengecasan 150W, terpantas ada buat masa ini. Ia menggunakan teknologi SUPERVOOC Endurance Edition, mengecas bateri 4,800mAh di dalam OnePlus 10T sehingga 100% tidak sampai 20 minit.

Pengecasan pantas sering merisaukan kerana bateri dikatakan boleh cepat rosak. Untuk itu, OnePlus memperkenal beberapa teknologi seperti Enjin Kesihatan Bateri (Battery Health Engine) yang memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kapasiti bateri. Malah, ia turut dilengkapi sistem Smart Battery Health Algorithm, membolehkan bateri membaiki komponen elektronik sendiri, sekaligus memanjangkan kitaran hayat bateri. Dikatakan boleh bertahan 1,600 kitaran mengecas.

Antena sekeliling

Untuk memastikan sambungan data tanpa lengah dan terputus, OnePlus 10T dilengkapi 15 antena untuk membentuk sambungan 360 darjah. Isyarat WiFi dan talian mudah alih akan sentiasa kuat kerana meliputi seluruh arah tanpa mengira orientasi.

Teknologi Smart Link di antena OnePlus 10T pula membantu meningkatkan isyarat serta kelajuan muat naik, terutamanya di kawasan yang mempunyai tahap kesesakan rangkaian yang tinggi.

Paparan lancar dan kamera malam

Kehebatan paparan di OnePlus 10T diperoleh melalui paparan OLED sebesar 6.7-inci, beresolusi HD Penuh dan berkadar penyegaran adaptif 120Hz. Ia diiktiraf menyokong HDR10+ dan warna 10-bit. Di atas skrin, terdapat lubang yang memuatkan kamera hadapan 16MP.

Sistem tiga kamera digunakan di belakang. Ia memiliki kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX766 bersama penstabil imej optikal (OIS), NIghtscape 2.0 dan sokongan HDR. Dua lagi adalah kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Sistem operasi tahan lama

OnePlus 10T dilancarkan bersama sistem operasi Oxyegen OS 12.1 berasaskan Android 12. OnePlus menjanjikan kemaskini OS sebanyak tiga kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun.

Dalam acara yang sama, OnePlus turut melancarkan OS baru mereka, Oxygen OS 13. Ia akan terdapat di OnePlus 10 Pro dahulu, sebelum tiba di OnePlus 10T kemudian pada tahun ini.

Harga dan tarikh jualan di Malaysia

Dalam waktu yang sama, OnePlus Malaysia menyatakan mereka akan mengumumkan harga jualan di sini pada 18 Ogos 2022. Jualan pula akan dibuat mulai 1 September 2022.

Dalam majlis pelancaran ini, OnePlus 10T diumumkan akan dijual di India berharga:

  • OnePlus 10T (RAM 8GB + Storan 128GB) – INR49,999 (~RM2,813)
  • OnePlus 10T (RAM 12GB + Storan 256GB) – INR54,999 (~RM3,094)
  • OnePlus 10T (RAM 16GB + Storan 256GB) – INR55,999 (~RM3,150)

Sedikit sebanyak, kita boleh menjangkakan harganya di Malaysia tidak akan lari jauh dari harga di India di sana.

Tags: OnePlusoneplus 10t
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia

OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia

3 August 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN