• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Aspire 5 & Aspire 3, laptop tradisional dengan slot RAM tambahan bermula RM2,499

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:50 pm
  • 04/08/2022
  • Komen
Acer Aspire 5 & Aspire 3, laptop tradisional dengan slot RAM tambahan bermula RM2,499
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Acer Swift 5 yang diperbaharukan spesifikasinya untuk mendukun cip Intel generasi ke-12, siri Aspire 5 dan Aspire 3 juga menerima rawatan yang sama.

Aspire adalah siri laptop Acer yang lebih terarah kepada laptop tradisional dan saya sukakan laptop Aspire adalah kerana ia ada slot RAM tambahan untuk anda perluaskan sehingga 32GB bila anda ada bajet tambahan dalam masa akan datang.



Harga Aspire 5 & Aspire 3 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan semua varian Aspire 5 dan Aspire 3 yang telah diumumkan.

  • Aspire 3 (i3-1215U, Iris Xe, RAM 8GB, storan 256GB) – RM2,499
  • Aspire 3 (i5-1235U, Iris Xe, RAM 8GB, storan 512GB) – RM2,899
  • Aspire 3 (i5-1235U, MX550, RAM 8GB, storan 512GB) – RM3,399
  • Aspire 3 (i7-1255U, Iris Xe, RAM 16GB, storan 512GB) – RM3,699
  • Aspire 5 (i3-1215U, Intel UHD, RAM 8GB, storan 512GB) – RM2,599
  • Aspire 5 (i3-1235U, Iris XE, RAM 8GB, storan 512GB) – RM3,099

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya sebuah, anda boleh pergi ke kedai dalam talian Acer di Lazada ataupun Shopee.



Spesifikasi Aspire 5 & Aspire 3

Aspire 5 dan Aspire 3 asasnya memiliki rupa fizikal yang sama. Di bahagian muka, mereka dilengkapi panel paparan 15.6” (1920 x 1080) daripada jenis IPS. Pelbagai varian Aspire 5 dan Aspire 3 ditawarkan berbeza pada bahagian papan utama.

Bermula dengan Aspire 3, ada tiga jenis CPU yang digunakan iaitu Intel Core i3-1215U, i5-1235U, ataupun i7-1255U. Salah satu daripada varian ada GPU GeForce MX550 berbekalkan VRAM 2GB GDDR6. Untuk Aspire 5 pula, ada dua CPU yang digunakan Acer pada siri ini iaitu i3-1215U dan satu lagi i5-1235U. Malangnya, Aspire 5 tidak ada versi yang diperkasa i7-1255U.

Aspire 3

Mungkin ia adalah satu langkah memastikan harga mampu milik pada laptop ini. Hal ini kerana, hanya Aspire 5 sahaja yang ada port USB-C Thunderbolt 4. Selain port itu, anda juga terima 1 port HDMI, 3 USB-A dan 1 jek audio 3.5mm. Aspire 3 ada semua port Aspire 5 ada kecuali USB-C Thunderbolt 4. Satu lagi kelebihan Aspire 5 berbanding Aspire 3 adalah pada kehadiran pengimbas cap jari Windows Hello pada pad sesentuhnya.

Aspire 5

Kedua-dua siri menerima kamera webcam 720p untuk kegunaan telesidang.

Tags: Aceracer aspire 3acer aspire 5acer day 2022laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer Aspire 5 & Aspire 3, laptop tradisional dengan slot RAM tambahan bermula RM2,499

Acer Aspire 5 & Aspire 3, laptop tradisional dengan slot RAM tambahan bermula RM2,499

4 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER