• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Pay muncul di Shopee Malaysia, apa maksudnya?

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 04/08/2022
  • Komen
Apple Pay muncul di Shopee Malaysia, apa maksudnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna di Malaysia masih ternanti-nantikan, bilakah agaknya Apple Pay boleh digunakan di sini. Ia telah lama disokong di Singapura, tetapi masih belum ada khabar berita tentangya di Malaysia. Dengannya, pengguna iPhone atau Apple Watch terpilih, boleh membuat bayaran dalam atau luar talian dengan mudah, menggunakan peranti sahaja.

Mungkin ada sinar baru untuk Apple Pay di Malaysia, apabila ia ditemui disenaraikan di dalam aplikasi Shopee. Perkara ini dilaporkan oleh Siang Xi di Facebook Group RKMD.



Jika anda pengguna iPhone dan memiliki aplikasi Shopee, anda boleh melihat Apple Pay disenaraikan sebagai salah satu pilihan pembayaran. Ia terletak di bawah sekali, di samping pilihan seperti ShopeePay, Tunai, Maybank2u, Perbankan atas talian, kad debit/kredit serta SpayLater.

Bagaimanapun, apabila Apple Pay dipilih, tertera notis menyatakan bahawa perlu ada kad aktif di dalam Apple Pay Wallet dahulu sebelum ia boleh digunakan untuk membayar di Shopee. Apabila pergi ke bahagian Settings > Wallet dan Add Card, tiada kad boleh dimasukkan ke dalamnya.



Perlu diketahui bahawa Apple Pay memerlukan sokongan daripada bank sebelum boleh digunakan. Ia adalah sama seperti Samsung Pay, iaitu perlu ada sokongan bank dan jenis kad sebelum boleh dimasukkan ke dalam dompet Samsung Pay.

Dalam hal ini, mungkin kerana tiada sokongan Apple Pay di Malaysia, membuatkan masih tiada bank mengambil langkah untuk menggunakannya. Atau mungkin terbalik, tiada bank yang berminat, maka tiada Apple Pay di Malaysia. Tiada kenyataan rasmi daripada Apple atau bank tentang perkara ini.

Bulan lepas heboh diperkatakan apabila ada pengguna menerima SMS daripada Ambank menyatakan sokongan Apple. Tetapi tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak Ambank atau Apple tentang perkara tersebut. Ini mungkin satu petanda tentang sokongan Apple Pay semakin hampir ke Malaysia. Tetapi ia tidak memberi sebarang bukti kukuh. Langkah Apple sering sukar untuk diteka.

Tags: appleapple payShopee
Najib

Najib

POPULAR

Apple Pay muncul di Shopee Malaysia, apa maksudnya?

Apple Pay muncul di Shopee Malaysia, apa maksudnya?

4 August 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN