• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat

  • OLEH Najib
  • 9:26 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat
Share on FacebookShare on Twitter

[ PROMOSI Samsung Galaxy Z Flip / Z Fold 4 ] Gunakan kod SYGZF4VIP apabila membuat tempahan awal Galaxy Z Flip atau Z Fold 4 di laman web Samsung Malaysia untuk menerima hadiah PERCUMA tambahan berupa Super-Fast Wireless Charging Duo bernilai RM369. Jika anda membuat tempahan awal Galaxy Watch 5 atau Buds 2 Pro, gunakan kod yang sama SYGZF4VIP untuk menerima Pengecas USB-C PD 15W bernilai RM59 PERCUMA.


Acara Galaxy Unpacked oleh Samsung malam ini telah menyaksikan siri Galaxy Z diperbaharui, diterajui oleh telefon pintar boleh lipat terbaik Samsung iaitu Galaxy Z Fold 4. Generasi ke-4 ini menyaksikan pembaharuan kecil, tidak seperti generasi sebelumnya tetapi ia kekal menjadi peneraju dalam pasaran telefon boleh lipat.



Dengan rekaan yang tidak banyak berubah, Z Fold 4 dinaik taraf dengan pemproses baharu, kamera hebat setanding Galaxy S22 dan ciri-ciri berbilang tugasan yang lebih menarik.

Prestasi kekal tertinggi

Sama seperti siri Galaxy Z sebelum ini, Samsung melengkapi Z Fold 4 dengan kuasa daripada Qualcomm, kini dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia dipadankan dengan RAM sebesar 12GB untuk semua varian, dengan pilihan storan 256GB, 512GB serta terbesar 1TB.



Telefon ini adalah yang pertama menggunakan sistem operasi khas untuk skrin besar, Android 12L dengan antaramuka One UI 4.1.1. Seperti dimaklumkan Samsung sebelum ini, semua model flagship Samsung akan dijamin menerima kemaskini keselamatan selama 5 tahun dan 4 tahun kemaskini OS.

Selain sokongan 5G dwi-sim, Z Fold 4 juga hadir dengan teknologi WiFi 6E 802.11ax serta Bluetooth v5.2.

Antaramuka mesra tugasan

Samsung menambah satu perkara menarik di antaramuka Z Fold 4, iaitu pautan pantas aplikasi di bawah skrin utama, dipanggil Taskbar. Cara yang menyerupai macOS ini, lebih mudah dan mesra digunakan berbanding pautan aplikasi di sisi skrin.

Flex Mode juga dinaik taraf. Selain mampu membuka tiga tingkap aplikasi serentak, terdapat fungsi Touchpad untuk gerakan yang lebih jitu di aplikasi terpilih. Samsung bekerjasama rapat dengan Google dan Microsoft, untuk menjadikan Flex Mode serasi dengan lebih banyak aplikasi, termasuk Chrome dan Gmail, serta Microsoft Office dan Outlook.

Paparan lebih rendah, lebih lebar

Saiz skrin di Galaxy Z Fold 4 tidak berubah secara angka, tetapi berbeza secara fizikal. Ini kerana ketinggian skrin berkurang, tetapi lebar bertambah. Seperti yang diingini pengguna.

Bagi skrin di dalam yang boleh dilipat, Samsung mengekalkan skrin Dynamic AMOLED 2X yang sama. Ia berukuran 7.6-inci dengan resolusi QXGA+ (2208×1768) tetapi dengan kadar penyegaran adaptif yang baru, dari serendah 1Hz sehingga 120Hz.

Skrin di luar juga agak serupa. Masih dengan saiz 6.2-inci dan resolusi HD, jenis AMOLED 2X dengan kadar penyegaran adaptif 48Hz sehingga 120Hz.

Lapisan kaca di atas skrin luar dan belakang telefon adalah kaca Corning Gorilla Glass Victus+, manakala badannya masih menggunakan besi aluminium terkuat Samsung, iaitu Armor Aluminium. Pengimbas capjari juga masih di luar skrin, terletak di dalam butang kuasa di sisi.

Kamera flagship kelas S

Masih dengan lima kamera, ada tiga kamera di belakangnya, satu kamera di atas skrin hadapan dan satu kamera tersembunyi di skrin utama. Samsung menjelaskan, kamera di belakang kini adalah serupa dengan kamera di Galaxy S22.

Kamera utama di belakang menggunakan sensor 50MP F1.9 dwi-piksel autofokus dan ada penstabil imej optikal (OIS). Ia digandingkan dengan kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 10MP F2.4 OIS, berkemampuan zum optikal 3x dan zum digital 30x.

Kamera di skrin luar adalah kamera 10MP F2.2. Kamera di skrin dalam pula jenis tersembunyi di sebalik skrin (Under Display Camera, UDC) dengan sensor 4MP F1.8.

Flex Mode membantu pengguna untuk mengambil gambar bebas tangan. Selain itu, Quick Shot membantu perubahan kamera dengan lancar, dari kamera hadapan ke belakang atau sebaliknya. Gambar yang ditangkap juga boleh dilihat dalam nisbah sebenar di mana-mana skrin.

Tenaga yang tidak berubah

Jika ada satu perkara yang tidak mahu Samsung terangkan dengan jelas, ia adalah bateri dan kuasa mengecas. Kapasiti bateri masih kekal dengan 4,400mAh dwi-sel. Manakala kuasa pengecas berwayar sehingga 25W melalui USB-C dan pengecas wayarles sehingga 10W.

Satu perkara penting walaupun sudah lama diketahui, kepala pengecas tidak diberikan lagi dan perlu dibeli berasingan. Dengan pengecas 25W, ia boleh mengecas dari 0-50% dalam masa 30 minit sahaja.

Kalis air, tidak kalis debu

Samsung masih kekal sebagai satu-satunya pengeluar yang menghasilkan peranti boleh lipat dan kalis air. Sama seperti Z Fold 3, generasi ke-4 ini juga kalis air IPx8. Bermakna, ia boleh masuk ke air bersih selama 30 minit dan sedalam 1.5 meter.

Tetapi ia tidak kalis debu, kerana engsel tidak dilindungi dari butir halus debu dan boleh rosak jika termasuk di celah-celahnya.

Di mana S Pen?

Walaupun Samsung telah menambah S Pen di dalam badan Galaxy S22 Ultra, ia masih tidak terdapat di Galaxy Z Fold 4. Ini kerana rekaannya masih serupa dengan Z Fold 3. Bermakna juga, ia boleh menggunakan S Pen tetapi dibeli berasingan, bersama casing penyimpanan S Pen.

Galaxy Z Fold 4 adalah telefon boleh lipat Samsung paling ringan dengan berat hanya 263 gram berbanding 271 gram di Z Fold 3. Ia juga diberikan pilihan warna baru dan lebih banyak iaitu Phantom Black, Graygreen, Beige dan Burgundy.

Secara ringkas, tiada pembaharuan besar di Z Fold 4 berbanding Z Fold 3. Selayaknya, ia dipanggil Z fold 3S sahaja. Jika anda pengguna Z Fold 3, asbab yang ada mungkin untuk mendapatkan storan besar 1TB atau mahukan warna baru.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Galaxy Z Fold 4.

Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat

Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat

10 August 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER