• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile Pascabayar 38 akan ada kuota hotspot berasingan dan SMS lebih mahal mulai 17 Ogos

  • OLEH Najib
  • 5:56 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
U Mobile Pascabayar 38 akan ada kuota hotspot berasingan dan SMS lebih mahal mulai 17 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile telah melancarkan pelan Pascabayar 38 pada bulan Mac lepas, menawarkan panggilan tanpa had dan 30GB data berkelajuan tinggi. Seperti biasa, pelan tanpa kelajuan disekat turut memberikan penggunaan hotspot di dalam kuota data yang sama. Dalam pelan U Mobile ini, data hotspot termasuk di dalam data 30GB tersebut.

Tetapi perkara ini akan berubah minggu hadapan kerana U Mobile akan mengenakan kuota hotspot yang berbeza dari kuota data biasa. Perkara ini diketahui apabila seorang pengguna menerima SMS daripada U Mobile memaklumkan perkara tersebut.



Kenapa plan yang bukan unlimited data (Postpaid38=limited 30gb) akan ada hotspot quota 5gb?
c.c @Soya_Cincau pic.twitter.com/EzWIg5dl2B

— Azren Bakar (@azrenbakar) August 4, 2022

Dalam SMS tersebut, U Mobile menyatakan bahawa pelan Postpaid 38 akan ada kuota baru hotspot 5GB dan harga SMS naik ke 15sen ke semua rangkaian. Kadar baru ini akan berkuatkuasa mulai 17 Ogos 2022. Bermakna, pengguna yang bergantung banyak pada hotspot tidak lagi boleh menggunakan sehingga 30GB data, tetapi terhad kepada 5GB kuota baru ini.

Apabila disemak di halaman pascabayar U Mobile, tiada makluman atau notis tentang kadar baru yang akan dikenakan mulai 17 Ogos kelak. Tetapi di dalam ruangan soalan lazim FAQ baru kelihatan ada dinyatakan:



Bermula 17 Ogos 2022, pelanggan dapat menikmati 30GB data berkelajuan tinggi setiap bulan tanpa had kelajuan untuk penggunaan dari telefon mudah alih serta tambahan 5GB hotspot.

Kadar SMS ialah 3 sen /sms ke rangkaian U Mobile dan 8 sen /sms ke mana-mana rangkaian lain. Walau bagaimanapun, berkuat kuasa 17 Ogos 2022, kadar baharu ialah 15 sen/sms ke semua rangkaian.

Secara keseluruhan, pengguna akan menerima lebih banyak data iaitu 35GB dalam pecahan 30GB data biasa dan 5GB data hotspot. Bermakna, jika mahu berkongsi data dengan peranti lain atau keluarga dan rakan-rakan, hanya ada had 5GB. Mahu lebih hotspot, pasti dikenakan bayaran tambahan.

Buat masa ini, tidak kelihatan lagi berapakah yang perlu dibayar untuk hotspot tambahan. Tetapi dalam pelan Giler Unlimited Postpaid, U Mobile mengenakan caj RM3 untuk data hotspot 3GB yang sah digunakan dalam masa 3 hari.

Terima kasih @azrenbakar atas makluman.

Tags: u mobileU Mobile Pascabayar 38U Mobile Postpaid 38
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile Pascabayar 38 akan ada kuota hotspot berasingan dan SMS lebih mahal mulai 17 Ogos

U Mobile Pascabayar 38 akan ada kuota hotspot berasingan dan SMS lebih mahal mulai 17 Ogos

10 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER